
Bermula jam 10.30 pagi tadi, kesemua Dewan Pemuda PAS kawasan masing-masing di Terengganu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, Hulu Terengganu, Marang dan Dungun kecuali Kemaman akan dibuat pada 11 Januari ini.

Ketuanya, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah menyifatkan kenyataan Tan Sri Harussani menggelarkan rakyat yang berhimpun secara aman di ibu negara itu sebagai “Bughah” menyebabkan ‘saham’ Mufti Perak tersebut merudum.
Ini kerana, katanya gelaran bughah tersebut tidak menepati tiga syarat yang membolehkan hukuman tersebut dikeluarkan.
“Pertama, mesti ada kerajaan Islam. Tapi, Malaysia memang sejak dari Tunku Abdul Rahman hingga kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak keluar kenyataan Malaysia bukan Negara Islam tapi sebuah kerajaan sekular.
“Kedua, bughah itu mestilah keluar dengan bersenjata. Jadi, mereka (rakyat) yang keluar pada malam sambutan tahun baru di Dataran Merdeka itu tidak ada senjata pun yang dibawa oleh rakyat dan ini telah disahkan oleh pihak polis sendiri gambar (orang) yang cedera dan bawa parang itu bukan pada malam tersebut.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis tersebut bersama tiga Dewan Pemuda PAS kawasan lain di IPD Kuala Terengganu, hari ini.
Menurutnya, ucapan mufti yang tidak tepat itu menyebabkan merudum ‘saham mufti’ itu sendiri hingga pandangan rakyat jadi terpesong.
Hadir sama di IPD Kuala Terengganu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Setiausaha Pemuda PAS Terengganu, Mohd Nasir Abdul Razak

Ulasan