‘Flashmob’ Kenaikan Harga Barang; ‘Silent Protest’ Tunjuk Rasa

flashmob2KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menyifatkan tindakan mengadakan acara ‘flashmob’ bantahan kenaikan kos sara hidup adalah satu bantahan secara diam atau ‘silent protest’.

Menurut Ketuanya Ustaz Kamaruzzaman Abdullah, acara flashmob yang diadakan bersama badan bukan kerajaan (NGO) GANTI, bertujuan menunjukkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang seolah-olah berada di luar kawalan.

Beliau berkata, sebelas perkara yang diumumkan oleh Perdana Menteri kononnya sebagai langkah penjimatan kononnya, sebenarnya tidak membawa sebarang makna.
 
“Kami daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu dan juga NGO GANTI, pada hari ini membuat ‘silent protest’, menunjukkan rasa tak puas hati kepada kerajaan yang seolah-olah luar kawalan untuk membebankan rakyat (dengan kenaikan harga barang).

“Dan sebelas perkara yang diumumkan oleh Perdana Menteri tidak sedikit pun menjejaskan hidup orang atasan dan tidak banyak memberi ruang kepada orang bawahan, untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa,”ujarnya.

flashmob3Beliau berkata demikian ketika ditemui bersama peserta ‘flashmob’ di dataran ‘air pancut’ berhampiran Stadium Sultan Ismail Nasharuddin Shah.

Katanya, ‘flashmob’ yang diadakan berhampiran dengan Wisma Darul Iman ditujukan khusus kepada warga kerja pusat pentadbiran kerajaan negeri Terengganu itu supaya mengambil reaksi sewajarnya.

Katanya, ia bukan satu ‘demonstrasi jalanan’ dan sekadar mahu memberikan satu mesej yang jelas kepada kerajaan, supaya menjiwai betapa peritnya rakyat bawahan meneruskan kehidupan dengan semua barang ‘naik harga’.

“Itulah antara hasrat kita dengan(kepada kerajaan) negeri (dan) kepada pihak yang bertanggungjawab,”jelasnya.

 Mengulas tentang sambutan malam tahun baharu 2014, Ustaz Kamaruzzaman berkata, acara tersebut sebenarnya tidak disambut oleh orang Islam.

Katanya, ia adalah satu budaya yang perlu ‘dipindahkan’ supaya menjadi acara yang diredhai oleh Allah SWT.

“setiap tahun baharu lah pasal malam ini malam tahun baru, yang pertama sekali kita munajat kepada Allah S.W.T. supaya yelah, tahun baru ni sebenarnya orang Islam tak sambut.

“Tapi kerana budaya kita………. jadi kita nak budaya kita dipindahkan supaya diredhai oleh Allah Ta’ala,”ujarnya.

Oleh itu, kata beliau, DPPNT menganjurkan satu kuliah maghrib khas sempena tahun baru masehi itu dan mengedarkan risalah bagi menyedarkan masyarakat.

Ulasan