27 Januari 2014

Isu Antartika; Pejabat Menteri Besar Jangan Berdolak Dalih, Memanipulasi Media

Dr Azman IbrahimKUALA TERENGGANU – Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Dr Azman Ibrahim melahirkan kebimbangan terhadap kenyataan baru yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri Besar Terengganu berhubung isu pemergian Dato’ Seri Ahmad Said ke Antartika.

Beliau mempersoalkan bagaimana dalam masa dua minggu pejabat yang menjadi pusat pentadbiran negeri boleh mengeluarkan kenyataan berbeza berhubung isu tersebut.

“saya bimbang ada pihak yang berdolak dalih tentang suatu kenyataan sebenarnya berhubung isu pemergian Menteri Besar ke benua Antartik,

“yang paling teruk adalah pejabat MB sendiri seolah-olah memanupulasi pihak media terutama agensi Bernama, agensi rasmi negara,”ujarnya.

YDSM nafiBeliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan terbaru pejabat Menteri Besar yang membuat ‘pusingan U’ berhubung penglibatan Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) dalam ekspedisi yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Tenologi dan Inovasi.

Menurutnya pada minggu lalu, bertarikh 15 Januari, 2014, pejabat MB dan Ahmad Said sendiri mendakwa perjalanannya adalah inisiatif bersama YDSM.

Pada 24 Januari, Bernama melaporkan, pejabat YDSM sebaliknya menafikan penglibatan Yayasan tersebut dan menjelaskan ia hanya terlibat kerja amal bagi memberi sumbangan ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi, kesejahteraan hidup dan pendidikan rakyat, selain melakukan program penyelidikan sejarah, pembangunan seni warisan serta pemuliharaan alam sekitar negeri.

Setelah penafian itu, barulah pejabat MB khasnya Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Rosli Zakaria tiba-tiba mengakui pula, ia silap dilaporkan oleh pihak media.

“ia adalah sesuatu yang amt serius, dan memalukan pejabat Menteri Besar Terengganu, bahkan sekiranya dakwaan Rosli benar bahawa ia adalah kesilapan siaran media.

“Rosli selaku Setiausaha Akhbar kepada MB perlu menyatakan dengan jelas, adakah pihak pejabat MB yang melakukan kesilapan atau pihak media yang silap,”jelasnya.

Katanya, selaku seorang aktivis media, beliau terpanggil untuk mengenengahkan isu tersebut bagi melindungi semua penggiat media, agar tidak diperkotak katikkan oleh orang politik.

“kalau silap, mengaku silap dan minta maaf, kalau pihak media silap atau kedua-dua silap, minta maaf kepada rakyat,

“supaya rakyat tidak hilang kepercayaan kepada media dan agar rakyat tidak dipersalahkan sekiranya membuat sebarang komen yang ‘tajam’ dalam media sosial,”tambahnya

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018