‘Nak Tengok Tak Dok Masalah, Nak Duk Depan ‘Hoh hah hoh ha’ Tak Munasabah!’

safinah jusohMARANG – Dewan Muslimat memandang serius cadangan pihak-pihak tertentu yang mahu menjadikan kaum perempuan sebagai kumpulan sorak kepada pasukan bola sepak T-Team Terengganu.

Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat Cikgu Normala Sudirman menyifatkan ia sebagai satu tindakan mengeksploitasi dan mendedahkan kaum hawa kepada fitnah.

Beliau menggesa supaya ia dikaji dengan teliti, sebaik-baiknya agar imej dan maruah wanita terpelihara.

“program ini (kumpulan sorak wanita) perlu diteliti dan diperhalusi sebaik-baiknya supaya tidak akan menjadi fitnah dan menimbulkan beberapa perkara yang tidak selesa,

“khususnya dari segi imej wanita itu sendiri………..dan terpelihara (memelihara) sekurang-kurangnya maruah mereka,”katanya.

Oleh kerana ia menimbulkan banyak ‘pro dan kontra’ beliau menyarankan perkara tersebut dirujuk kepada mereka yang pakar serta alim ulamak untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas.

Namun begitu Normala yang juga Ketua Muslimat negeri Johor mempersoalkan tentang keperluan orang perempuan untuk turun ke padang bola sepak dan bertepuh sorak dihadapan khalayak ramai.

“soal keperluan………adakah perlu sangat-sangat kumpulan sorak ini dalam suasana untuk memajukan sukan negara kita?

“(saya rasa) memadailah golongan lelaki sahaja dan kaum wanita ada tempat(nya) di belakang tabir untuk memberikan sokongan kepada pasukan (yang) kita (sukai),”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Sambutan MalidurRasul Peringkat Muslimat Kawasan Marang di masjid Rhu Muda pada Selasa 14 Januari.

Sehubungan dengan itu, Dewan Muslimat PAS Terengganu tidak menghalang kaum wanita untuk meminati permainan bola sepak.

Namun begitu, Ketuanya Cikgu Safinah Jusoh [Gambar kanan] berkata, biarlah ia setakat minat dan memberikan sokongan dari belakang.

“kita tak boleh halang muslimat (orang perempuan) minat permainan bola sepak, nak pergi tengok (perlawanan bola sepak) tak ada apa (masalah),

“tapi ya lah…………..sokong dengan pergi ke depan dengan ‘hoh hah hoh hah’ (bersorak-sorak) tu tidak munasabah (kepada seeorang perempuan),” ujarnya

Ulasan