
Menurut Pengarah Karnival, Zakiah Ahmad, tujuan penganjuran adalah menjadikan karnival sebagai satu ‘medium’ kepada anak-anak muda mendapat ilmu, berkongsi bakat dan menjalani aktiviti sosial secara syariat.
“Hal ini dapat direalisasikan melalui aktiviti yang telah dirancang khas untuk para remaja dan pemudi seperti slot perkongsian dari penulis novel terkenal, ustazah Fatimah Syarha,
Selain itu, kata beliau, banyak aktiviti menarik yang membabitka kemahiran dan hiasan diri para pemudi seperti Pertunjukan Hijabku, Demo Masakan, Demo Gubahan Bunga dan Perkhidmatan Gunting Rambut (Salon) percuma kepada para peserta.
Beliau yang juga Ketua Nisa’ Setiu menambah, para peserta dan pengunjung turut bertuah kerana diselitkan perkongsian slot motivasi.
“Dalam slot motivasi Dr Ariffin sudi berkongsi ilmu dengan para peserta. (Menjadi) halwa telinga para peserta juga turut diraikan dengan persembahan nasyid dari kumpulan arRasy,”jelasnya.
Beliau mensasarkan, seribu orang akan menyertai karnival tersebut dan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran semua pemudi warga setiu dalam menjayakan karnival itu.
Ulasan