19 Januari 2014

PAS Perkasakan Media Hadapi PRU-14

bengkel media 3KUALA TERENGGANU – Seramai 56 orang petugas akan menjadikan kuasa media sebagai sumber untuk meningkatkan sokongan kepada PAS bagi menghadapi pilihanraya umum kali ke14 akan datang.

Setiausaha Lujnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, mereka yang terdiri dari para pembantu kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen serta pegawai media bagi setiap Dewan-dewanUndangan Negeri (DUN).

“Pagi ini kita mengadakan satu program yang kita namakan Bengkel Media………dengan satu hasrat, tujuan dan matlamat (iaitu) untuk kita meletakkan atau menjadikan kuasa media ini di tempat yang sepatutnya,

“dengan kita menjadikan maklumat sebagai sumber perubahan seseorang, dari A kepada B, dari B kepada C dan sebagainya (supaya) dapat kita manfaatkan semaksimum yang mungkin,”ujarnya.
bengkel media 2
Beliau yang juga Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Pengendalian Media yang diadakan di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Ibai dekat sini, pada Sabtu 18 Januari.

Beliau berkata, PAS menerima hakikat bahawa pada masakini dunia bergantung kepada media bagi mencapai sesuatu hasrat atau pun matlamat.

“kita terpaksa akur dan kita terpaksa terima hakikat bahawa, dunia sekarang ini terlalu banyak bergantung kepada media. Sehingga (menjadikan) media adalah merupakan salah satu perkara,
“yang sanggup dikuasai oleh mana-mana pihak yang ingin menggambarkan mereka bahawa mereka adalah yang terhebat, yang terbaik dan sebagainya,”jelas beliau.

Oleh itu, katanya, sesiapa yang meguasai media, maka mereka yang diberi kekuasaan.
Menurutnya, antara faktor kegagalan PAS dalam pilihanraya umum lalu adalah kerana gagal menguasai media yang memainkan peranan mempengaruhi masyarakat di luar bandar.

Justeru katanya, PAS telah meningkatkan struktur organisasi dan pentadbiranya pada sesi ini dengan mengubah Lujnah Penerangan dan Dakwah sebelum ini mnejadi Lujnah Penerangan dan Hubungan Media.

Beliau berharap dengan penganjuran Bengkel tersebut akan meningkatkan keupayaan para petugas media PAS bagi menghadapi pilihanraya umum kali ke-14 akan datang, sekaligus memenangi DUN yang belum dikuasai dan mengambil alih pentadbiran negeri Terengganu Darul Iman.

Bengkel Pengendalian Media tersebut telah bermula pada jam 9 pagi sehingga 5 petang dengan pengisian empat modul utama; Kemahiran Menulis Berita, Kemahiran Mengambil Gambar dan Video, Kemahiran Komunikasi Media Media dan Kemahiran Mengendali Laman Sosial.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...