22 Januari 2014

Presiden PAS Sempurnakan ‘Pecah Tanah’ Bangunan Baru MDI

MDI2MARANG – Majlis ‘Pecah Tanah’ pembinaan kompleks bangunan baru Madrasah Darul Iman (MDI) yang terletak dalam DUN Bukit Payong, akan disempurnakan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 31 Januari 2014.

Menurut Pengarah Majlis tindakan DUN (MTD) tersebut, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, kompleks yang dijangka menelan belanja sebanyak RM400, 000 itu akan dilengkapi dengan ruang pejabat dan kedai.

“Angaran kos pembinaan kompleks tersebut RM400 ribu,didirikan setinggi 3 tingkat, aras pertama dibina ruangan pejabat dan kedai,
 
“aras dua pula akan dibina rumah penginapan, manakala aras tiga akan dijadikan dewan utama,”ujarnya ketika ditemui ketika membuat lawatan ke tapak kompleks tersebut.

Beliau berkata, dana untuk pembinaan seluruh kompleks pendidikan itu adalah hasil dari sumbangan orang ramai serta beberapa program yang dianjurkan MTD Bukit Payong, seperti jualan meja makan malam.

Beliau berharap, orang ramai terus memberikan sokongan kepada pendidikan Islam dan memberikan sumbangan kepada pembinaan yang sedang berlangsung.

“hasil dari dana Yang dukumpul setakat ini hanya mampu untuk pembinaan fasa pertama sahaja, untuk mencari dana tambahan, MTD Bukit Payong akan mengadakan satu lagi program besar,

“(iaitu) majlis makan sambil menderma disertakan dengan Majlis Pecah Tanah yang akan disempurnakan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi pada 31 Januari ini,”jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong.

Beliau berkata, skim jualan lot wakaf bangunan tersebut juga telah dilancarkan dengan harga RM50 sekaki persegi.

“Untuk sebarang sumbangan, boleh dibuat terus ke akaun Maybank Kompleks Madrasah Darul Iman No akaun: 5630 1923 3967,

“sumbangan dari semua pihak amat diharapkan untuk mempercepatkan dan melancarkan perjalanan pembinaan kompleks tersebut,”tambahnya

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...