26 Januari 2014

Projek Rumah Moswa Realisasikan Impian Miliki Rumah Sendiri

IMG-20140125-WA0009DUNGUN – Selepas 10 tahun menjalani kehidupan ‘merempat’, impian Mohd Sazlly Najalhi untuk memperolehi rumah kediaman sendiri bakal menjadi realiti.

Beliau berusia 36 tahun dan isterinya Salina Abu Bakar serta tiga orang anaknya yang tidak mampu membina kediaman sendiri sebelum ini terpaksa tinggal di kandang kambing terbiar kerana kesempitan hidup.

[Gambar atas - ADUN Sura  Wan Hapandi (baju lengan belang) turut sama 'menyingsing lengan' menggaul simen, bergotong royong dalam program pelancaran Projek Rumah Moswa UPU Sungai Buaya]

Namun ia bukanlah suatu igauan untuk memiliki rumah yang ‘sempurna’ bagi lima sekeluarga itu apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, YB. Haji Wan Hapandi Wan Nik melancarkan Projek Rumah Moswa.

Dalam pelancaran tersebut, sebuah rumah dimulakan pembinaannya di Kampung Sungai Buaya di atas sebidang tanah milik keluarga Mohd Sazlly, tidak jauh dari kediaman asal mereka, petang semalam.

Menurut Setiausaha Projek, Mohd Nafi Abdullah, pembinaan rumah bagi keluarga Mohd Sazlly akan siap pada akhir depan dan beliau sekeluarga akan memulakan penghidupan baru dalam rumah tersebut.

“kita menjangkakan rumah yang berukuran 20′ x 30′ ini akan dapat disiapkan akhir April ini dan awal Mei mereka sekeluarga dapat mendiaminya,” ujar beliau yang menambah, anggaran kasar kos bahan-bahan binaan serta upah mendirikan rumah terbabit berjumlah RM25 ribu.

Oleh itu, beliau menyeru kepada mana-mana pihak yang prihatin dan dremawan yang muhsinin, yang berhajat untuk membuat amal jariah membantu keluarga Sazlly, boleh membuat sumbangan dan menghubungi pihak Lujnah Kebajikan, Majlis Tindakan (DUN) DUN Sura.

“Saya bagi pihak Jawatankuasa Projek Rumah Moswa dengan rendah hati mengharapkan sumbangan dari orang ramai dan para dermawan yang mahu mengerjakan amal jariah,

“turut sama membantu dan menghulurkan sumbangan menjayakan usaha murni ini, ” harap beliau.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018