Rakyat berhak pertikai lawatan Ahmad Said ke Antartika

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/Khairuddin%20takiri.jpgKUALA TERENGGANU – Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Dr Ustaz Kahiruddin Aman Razali berkata, pemerintah melibatkan etika beramanah dan bercakap benar dan pembohongan tidak sepatutnya menjadi akhlak pemerintah.

Beliau berkata, penafian oleh Yayasan DiRaja Sultan Mizan berhubung penglibatan mereka dengan lawatan oleh Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said ke Antartika mewajarkan mempertikaikan kedudukan beliau.

“Penafian oleh Yayasan DiRaja Sultan Mizan tentang penglibatan mereka dengan lawatan oleh Menteri Besar Terengganu ke Antartika memerlukan penjelasan daripada pihak kerajaan negeri dan Menteri Besar,

“ia melibatkan persoalan etika amanah dan etika bercakap benar yang sepatutnya menghiasi diri setiap pentadbir dan pemerintah,”ujarnya ketika ditemui.
Raja Bahrin1

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus menegaskan, rakyat negeri Terengganu berhak mempertikaikan sikap amanah kerajaan negeri di saat rakyat berhadapan dengan permasalahan serta dilema kehidupan ekoran kenaikan kos sara hidup.

Mengulas isu yang sama, Ahli Parlimen Kuala Terengganu YB Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, adalah tidak wajar Ahmad Said menyalahgunakan nama Yayasan Diraja Sultan Mizan sebagai ‘justifikasi’ kepada lawatan beliau ke Antartika.

Beliau menegaskan, lawatan tersebut tidak ada kena mengena dengan negeri dan rakyat Terengganu.
“Setiausaha kerja Yayasan Diraja Sultan Mizan, Md. Azrul Ismail hari ini (semalam) menafikan lawatan MB Terengganu ke Antartika di anjur oleh Yayasan tersebut,

“oleh itu tidak wajar MB menyalah guna nama Yayasan tersebut sebagai ‘justifikasi’ lawatan bermewah-mewahan itu yang tak ada ‘relevan’ dengan negeri Terengganu.,”ujarnya.

Beliau berkata, Ahmad Said sepatutnya menjaga ‘rumah sendiri’ sebelum ‘mengkaji’ alam di hujung dunia di Antartika, sebagaimana kenyataan yang dibuat beliau pada minggu lalu.

“kenyataan saya minggu lepas Ahmad Said patut beri perhatian khusus isu pecemaran alam kawasan industri di Kemaman iaitu kawasan beliau sendiri

“dan Tasek Kenyir di mana projek Kompleks Bebas Cukai yg di ilhamkan beliau sendiri mengakibatkan pemotongan pokok begitu luas serta hakisan teruk meluas berlaku,”jelasnya.

Agensi Bernama semalam 24 Januari melaporkan, Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) menafikan ia menganjurkan lawatan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ke Antartika.

“Lawatan itu bukan anjuran YDSM, dan ia tiada kaitan dengan program yayasan,” kata Setiausaha Kerja YDSM Mohd Azrul Ismail dalam kenyataannya.

Beliau berkata yayasan itu hanya menjalankan kerja amal bagi memberi sumbangan ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi, kesejahteraan hidup dan pendidikan rakyat, selain melakukan program penyelidikan sejarah, pembangunan seni warisan serta pemuliharaan alam sekitar negeri itu.

Pada 15 Januari lepas, akhbar melaporkan satu kenyataan bahawa Ahmad akan mengetuai lawatan ke Antartika selama 15 hari anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif YDSM.

Kenyataan itu, yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Terengganu, menyatakan lawatan itu bertujuan membuka laluan bagi membantu kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan bersama Instituto Antartico Chileno.

Ulasan