KUALA TERENGGANU – Ribuan hadirin membanjiri perkarangan Markaz
Tarbiyah PAS Kubang Lembik, Manir dekat sini bermula seawal jam 7 pagi
untuk menghantar pulang ‘sang murabbi’ al-Marhum Tuan Guru Datuk Harun
Taib pulang menemui penciptanya Allah SWT.
[Gambar
atas - Kedua-dua anak lelaki al-Marhum Ustaz Harun, Hamdi (kiri) dan
hilmi (kanan) mengusung jenazah ayahandanya menuju tanah perkuburan]
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.10 tengah malam Sabtu 25 Januari setelah dimasukkan ke hospital Sultanah Nurzahirah, sehari sebelumnya.
Antara
pemimpin yang hadir mendirikan solat jenazah yang diimamkan ole
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah Setiausaha
Agung Datuk Mustafa Ali, Ahli Jawayankuasa Kerja PAS YB Ustaz Idris
Ahmad, Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ketua
Dewan Ulamak PAS Terengganu Datuk Husin Awang serta lain-lain pimpinan
peringkat negeri dan nasional.
Turut hadir adalah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub yang tiba sejurus selepas jenazah dibawa ke tanah perkuburan.
Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir serta rombongannya, hadir bersama tokoh Maal Hijrah Terengganu Ustaz Zulkifli al-Bakri dan pulang lebih awal sebaik ketibaan Presiden PAS sebelum solat jenazah.

Ulasan