Semua Pihak Harus Peka

lemas dungun 270114aDUNGUN – Ahli Parlimen Dungun, YB. Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli melahirkan rasa sedih dengan beberapa kes lemas yang mengorbankan nyawa di sekitar Dungun sejak akhir-akhir ini.

Beliau merujuk beberapa kes yang berlaku di Pantai Teluk lipat, Pantai Tanjung Bidara, Pusat Rekreasi Tasik Puteri Bukit Besi dan kejadian terbaru di Air terjun Kain di Kampung Shukur, melibatkan seorang pelajar sekolah tingkatan empat.

Mahu tidak mahu ibu bapa harus mengambil tahu semua pergerakan anak jagaan mereka dengan mengambil kira sikap berwaspada dan pengawasan sepanjang masa.

Beliau juga menyarankan pihak berkuasa memperbanyakan papan tanda di setiap lokasi tumpuan orang ramai. Jika perlu pegawai pantai perlu diwujudkan bagi persediaan hadapi malang tidak berbau ini.

Mengambil kira faktor cuaca terkini yang melanda sebahagian negeri kita, beliau sekali lagi berharap semua pengunjung ke tempat rekreasi agar berhati-hati.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Dungun, selepas menziarahi mangsa lemas, Mohd Shaiful Azuan 16, dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah.

Ulasan