23 Januari 2014

Ustaz Wan Hassan berdoa agar nelayan yang hilang ditemui

IMG-20140123-WA0021
DUNGUN – Setelah mendapat maklumat, kemalangan menimpa seorang seorang nelayan yang terjatuh dari sebuah bot kira-kira pada jam 9.00 malam semalam, Ahli Parlimen Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli memendekkan satu mesyuarat yang sedang dihadirinya dan bergegas ke tempat kejadian.

Mangsa kejadian, Mohammad Bin Ariffin 40, dari Kampung Teluk Bidara disedari hilang oleh rakannya ketika mereka cuba memasuki kuala sungai Dungun.

Omabak besar yang datang secara tiba-tiba telah merempuh bot yang dinaiki mangsa bersama empat rakan yang lain.

Dalam suasana kelam kabut dan cemas itu, mangsa sempat menjerit “ Jaga..Ombak besar, pegang kuat kuat”.

Namun, sejurus selepas ucapan itu kedengaran, tekong bot bernama Bayir, diberitahu oleh ‘awoknya’ mangsa tiada di atas bot yang dilimpahi air akibat rempuhan ombak besar itu.

Ketiga-tiga Mereka cuba sedaya upaya mencari mangsa dengan memanggil nama dan menyuluh ke permukaan laut untuk mengesan mangsa.

Namun, setelah 30 minit mangsa gagal dikesan, tekong bot mengambil keputusan untuk pulang ke jeti yang berada tidak jauh dari tempat kejadian, untuk meminta pertolongan.

Sehingga jam 1:00 pagi mangsa gagal ditemui oleh pasukan Bomba dan Penyelamat serta Pasukan Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun.

Ketika ditemui, selepas mendapat taklimat dari Pegawai bomba bertugas, YB Ustaz Wan Hassan yang juga Yang DiPertua PAS Dungun mengucapkan terima kasih kepada semua petugas yang masih berusaha meninjau persekitaran walaupun ombak masih kuat di laut.

Beliau juga memberi kata semangat dan berdoa kepada Allah bersama ahli keluaga dan orang ramai, agar mangsa ditemui dengan keadaan selamat.

Turut sama di tempat kejadian adalah YB Wan Hapandi, Ahli Dewan Undangan Undangan Kawasan Sura

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018