Ahmad Said Diminta Bersumpah Tentang Lawatannya Ke Antartika

rumah tiada bilikKUALA TERENGGANU – Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah membidas kenyataan Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said yang mempertahankan ‘lawatan mewahnya’ ke Antartika.

“macamana Ahmad Said boleh pertahankan? Macamana Menteri Besar memerintah negeri Terengganu? Rakyat susah……kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang……….,

“ada yang dok buleh kais pun………nak makan guane??,”tegasnya.


Beliau yang juga Pengarah Jabatan Penerangan dan Hubungan Media PAS negeri Terengganu berkata demikian ketika mengulas empat laporan akhbar pada hari ini Khmis 13 Februari.

Katanya, seorang ibu di daerah Kemaman, daerah Menteri Besar sendiri hanya mampu memberi minum air sirap kepada anaknya dan memakai cawat dari kain batik kerana miskin.

“Rakyat nak beli susu anak pun tak mampu, macamana Ahmad Said boleh kata lawatan ke Antartika berfaedah dan membawa manfaat kepada rakyat,

“dia tinggalkan negeri dalam keadaan rakyat tak makan……….bukankah ia satu kezaliman,”jelasnya.

Katanya, akhbar yang sama juga melaporkan, Encik Alias dari daerah Hulu Terengganu tinggal dalam sebuah tanpa bilik, bersama bersama isteri dan tujuh anaknya kerana kemiskinan.

Beliau mencabar Ahmad Said untuk menafikan semua laporan akhbar tersebut dan bersumpah dengan al-Quran bahawa beliau adalah pemimpin yang adil dan tidak menzalimi rakyat.

“sekarang saya mencabar Ahmad Said, kalau semua laporan itu tidak benar, dan beliau tinggalkan negeri dengan keadaan rakyat semua senang belaka,

“kita nak dia bersumpah………. semua laporan dan keadaan rakyat adalah tidak benar, semuanya adalah fitnah,”tegasnya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja KamarulBahrin Shah menggesa Ahmad Said tidak mensia-siakan wang kerajaan yang menaggung beliau ke Antartika dengan enyelesaikan isu-isu alam sekitar di negeri Terengganu.

Beliau turut mempertikaikan dakwaan Ahmad Said yang mengatakan beliau perg ke tempat berbahaya sedangkan Ahmad menaiki kapal perang kerajaan Chile.

“mana yang bahaya……..naik kapal perang kerajaan Chile mesti dijaga keselamatan,”kritik Datuk Raja.

Ulasan