07 Februari 2014

Berjumpa Setelah 20 Tahun Berpisah

Oleh Zul Shawalluddin
Ustaz ZakariaDUNGUN – Setelah hampir 3 tahun mengidap diabetes, Ustaz Zakaria Mamat, 48, Mantan Naib YDP Pas Kawasan Gombak yang juga imam utama Masjid Jamek Kampung Nahoda, Gombak, kini beliau diuji dengan kerosakkan buah pinggang.

Berita penderitaan dan kehadiran beliau di Kampung Pasir telah diketahui oleh sahabat karib beliau, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang juga ADUN Paka.


Ustaz Satiful Bahri bergegas seawal jam 8.00 pagi tadi dari kediaman beliau di Paka menuju ke Hulu Dungun yang jarak hampir 90km.

Kehadiran rombongan Ustaz Satiful Bahri secara mengejut, disambut dengan perasaan gembira oleh Ustaz Zakaria dan keluarga.

Ditanya kenapa memilih kampung yang jauh dipendalaman sebagai tempat berehat berbanding kampung halaman beliau di Paka, Ustaz Zakaria [Gambar kanan] menjawab di Pasir Raja udara dan suasana amat menyegarkan.

” Di sini kita boleh menikmati cipta Allah yang segar, sayur segar, udara segar dan air semulajadi daripada bukit. Tambahan lagi ia molek untuk terapi ana.” ujar Ustaz Zakaria.

Ustaz Satiful yang begitu teruja berjumpa sahabat lama beliau menyatakan mereka terpisah hampir 20 tahun setelah masing-masing menamatkan pengajian di Mesir.

” Enta memilih Selangor sebagai gelanggang penyebaran dakwah, alhamdulillah enta berjaya. Minta enta doakan kami berjaya dan menang di Terengganu.”ujar Ustaz Satiful.

Ustaz Zakaria menyatakan selain dapat merehatkan badan di rumah abang kandung, beliau juga mencuba perubatan secara tradisional bagi merawat penyakit beliau.

Turut sama hadir, Pengarah MTD Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman yang juga Setiusaha Pas Kawasan Dungun.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...