08 Februari 2014

Keraian Presiden PAS Disambut Meriah Warga Tionghua Wakaf Tapai

Oleh AmaturRahman
Presiden Gong Xi1MARANG – Sempena Tahun Baru Cina, Preside PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah meluangkan masa untuk meraikan kaum Cina di pecan Wakaf Tapai dekat sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kawasan Marang diiringi oleh Pegarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong, mengagihkan buah limau mandarin pada Khamis 6 Februari.


Turut serta dalam program itu adalah Pengarah Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Dr Balachandaran serta Timbalannya Jefri Chua.

Menurut Ustaz Sulaiman, program itu yang diadakan pada setiap tahun dapat merapatkan hubungan antara kaum dalam DUN ini khususnya dan menjamin keharmonian dalam hidup bermasyarakat di negeri Terengganu.

“Agihan limau ini adalah acara tahunan, bertumpu di pekan (Wakaf Tapai) ini kerana majoriti kaum Cina (di sini) adalah antara yang teramai selepas kampung Cina di Kuala Terengganu.

“Melalui Program ini juga diharapkan dapat merapatkan hubungan antara kaum dalam pekan ini dan seterusnya menjamin keharmonian dalam hidup bermasyarakat, di negeri ini,”ujarnya.

Beliau berkata, sebanyak 450 hamper telah diagihkan kepada masyarakat Cina yang menyambut kedatangan rombongan Presiden PAS dengan meriah.

Katanya, program ziarah ke rumah warga Tionghua itu juga merupakan usaha PAS menyampaikan dakwah dan mesej Islam sejagat, sesuai dengan fitrah Islam yang menjadi rahmat kepada semua.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...