15 Februari 2014

Sambutan Tahun Baru Cina Zahirkan Keberanian

cny dungun4
DUNGUN – Kehadiran masyarakat Tionghua pada majlis sempena sambutan Tahun Baru Cina yang di anjurkan PAS Kawasan Dungun telah membuka lembaran baru hubungan antara kaum, yang tidak pernah diterjemahkan sebelum ini.

Kehadiran lebih ramai masyarakat Tionghua dalam majlis pada tahun ini bertepatan dengan sifat haiwan kuda yang gagah berani, yang menjadi lambang Tahun Baru Cina 2014.


Yang DiPertua PAS Dungun YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli mengucapkan terima kasih kerana sokongan masyarakat Tionghua kepada PAS dan Pakatan rakyat pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) pada Mei tahun lalu

Beliau yang juga Ahli Parlimen Dungun berharap masyarakat Cina terus bangkit menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kini semakin ‘menghimpit’ kehidupan rakyat dengan pelbagai tekanan selepas PRU-13.

“Minyak naik harga, barang-barang naik harga, cukai pintu di bandar Dungun ini sudah naik mendadak………kita punyai tugas dan tangunjawab besar dalam mendesak pihak kerajaan.
IMG-20140214-WA0085
“Penyediaan soalan yang berkaitan masyarakat Dungun saya pastikan ianya mendapat ‘respons’ kementerian terbabit setiap kali sidang parlimen,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dihadapan kira-kira 500 orang masyarakat Tionghua yang hadir pada program yang diadakan semalam, Khamis 13 Februari di hadapan SJKC Sin Choon Batu Lima dekat sini.

Hadir sama dalam majlis ini Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Saiful Bahri Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, ADUN Sura Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Rantau Abang Cikgu Alias Harun dan Puan Serena Lim Abdullah, selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Dungun

Hubungan ‘kekeluargaan’ mesra terjalin antara Puan Serena, seorang Cina muslim, apabila beliau mengisytiharkan dalam majlis terbabit akan mengambil dua orang anak angkat di kalangan kaun Tionghua.

cny dungun5Turut memeriahkan majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu Jeffri Chua dan Pengerusi DAP negeri Terengganu, Ng Chai Heng.

Majlis malam itu diakhiri dengan acara menggaul ‘Yee Sang’ oleh semua pimpinan PAS bersama pemimpin masyarakat Tionghua setempat.

Puan Serena, ketika ditemui selepas majlis tersebut berharap, Tahun Baru kali ini dapat mengeratkan hubungan berbagai kaum, yang kian longgar angkara bibit perpecahan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018