23 Mac 2014

Amal Dakwah DUN Bukit Besi

tmp_IMG-20140322-WA00441970642223DUNGUN – Dalam merealisasikan usaha menawan kembali Dun Bukit Besi, Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun (DPPKD) di bawah Jabatan Amal Kawasan Dungun telah berjaya mengadakan Jambori Amal peringkat Daerah Dungun bermula 20 hingga 22 Mac 2014 di Sungai Keleming, Kampung Talong, Hulu Dungun.


Acara tahunan tersebut telah dihadiri seramai lebih 60 orang ahli unit amal peringkat dun-dun dalam Parlimen Dungun.

Menurut Ketua Jabatan Amal Kawasan Dungun, Mohd Sailani Saleh, pemilihan tempat jambori kali ini di Dun Bukit Besi selaras dengan misi DPPKD untuk menawan kembali N 25 disamping menyampaikan dakwah kepada masyarakat pendalaman.

“Kami ingin masyarakat sekitar mengenali Unit Amal bukan setakat memberi bantuan ketika banjir sahaja, tetapi kami juga berperanan menyampai dakwah cara kami dan mempunyai aktiviti seperti badan berunifom yang lain juga,” tambah beliau lagi.

Masjis perasmian pembukaan program tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah MTD Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman yang juga Setiausaha Pas Kawasan Dungun.

Dalam ucapan perasmian tersebut, Haji Ghazali berterima kasih kepada Jabatan Amal Kawasan Dungun kerana sudi memilih Dun Bukit Besi sebagai tuan rumah untuk program tahunan tersebut.

Harapan beliau, agar para peserta dapat merialisasikan senikata lagu Amal ” Beramal kerana Allah” dengan mengikhlaskan kehadiran kali ini hanya kerana Allah bagi meninggikan syiar Islam.

Program selama 3 hari tersebut telah selitkan dengan aktiviti kemasyarakatan termasuk gotong royong membersih Masjid Kampung Talong, pertandingan sukaneka dan persembahan kesenian Islam.

Dalam ucapan penutup program, mewakili DPPKD Zul Shawalludin Jusoh yang juga Ketua Pemuda Dun Bukit Besi memuji Jabatan Amal kerana berjaya memecah tembok dakwah kerana berjaya mengadakan kuliah maghrib di Masjid Kampung Talong.

Kuliah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Syamil al Yamani yang merupakan angota Unit Amal dari Dun Sura.

“Ini merupakan satu kejayaan yang luar biasa bagi kami di Bukit Besi, dan saya terharu bila anda semua dipuji oleh tuan imam sebelum beliau menyampai khutbah kelmarin,” tambah beliau lagi.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018