Bersiap Awal, Rapi Hadapi PRU-14

DUNGUN – PAS tidak pernah dan tidak akan menurut jejak langkah Umno membeza-bezakan agihan dana dan bantuan kepada rakyat, menurut politik kepartian.

Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata PAS juga akan memberi tumpuan kepada semua kampung dalam DUN yang dikuasai dai segi aspek khidmat sosial dan kebajikan.


“orang Umno dan penyokongnya kita tidak tinggalkan……..kita akan beri semua pertolongan tak kira ‘apa warna’ sekalipun, jika mereka benar- layak dan memerlukan kita akan bantu,

“ada sesetengah orang Umno telah ‘dipulau’ sesama mereka sendiri kerana menganggap mereka ni dah masuk PAS kerana pemimpin PAS dan orang PAS selalu kerumahnya hulur bantuan, sakit ziarah dan sebagainya,”katanya pada Selasa 25 Mac.

lawatan tepoh ke paka1Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata demikian ketika berucap dalam majlis ramah mesra sempena menerima kunjungan Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan DUN (DUN) Tepoh yang melawat DUN Paka.

Sehubungan itu, Ustaz Satiful menggesa ahli-ahli dan penyokong PAS membuat persiapan yang rapid an lebih awal bagi menghadapi pilihnraya umum kali (PRU) ke-14 akan datang.

Untuk itu, kata beliau, PAS perlu memperbanyakkan cawangan-cawangannya di seluruh negeri dan meletakkan sasaran ‘Satu Kampung Satu Cawangan PAS’ dilaksanakan dengan jayanya sebelum PRU.

Sementara itu, ADUN Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim menyifatkan, DUN Paka adalah berbeza dengan mana-mana kawasan di seluruh Negara kerana walaupun terdapat rancangan tanah Felda, ia dimenangi oleh PAS pada PRU ke-13 lalu.

Oleh sebab itu katanya, DUN Paka menjadi destinasi lawatan MTD Tepoh, bertujuan untuk mendalami kaedah dan strategi yang berkesan bagi menghadapi PRU ke-14 akan datang.

“DUN Paka menjadi pilihan untuk dilawati terutama dalam soal untuk menarik masyarakat Felda yang dianggap dimana-mana sekali pun di Malaysia adalah Felda kawasan Umno,

“tapi berbeza dengan kawasan (DUN) Paka dapat menang besar di kawasan Felda pada pilihanraya lepas terutama saluran orang muda,

“sebab itu saya memilih Paka sebagai destinasi menimba pengalaman dan (pelajari) apakah resepi untuk dibawa balik ke Dun Tepoh yang juga ada Felda,”ujarnya.

Menurutnya, yang juga Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus, PAS kalah disemua saluran di daerah mengundi (UPU) Felda Belara yang terletak dalam DUN Tepoh pada pilihanraya umum lalu.

Ulasan