Isu Pelebaran Jalan Kampung Pasir Putih; Penduduk Tuntut Pampasan

jalan mercang jambu bongkok1MARANG – Penduduk Kampung Pasir Putih yang terlibat dengan pengambilan tanah balik tanah dengan Projek Cadangan Melebarkan Laluan F3 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan Dari Kampung Kolam Marang Ke Rantau Abang Dungun akan membuat tuntutan pampasan yang setimpal dan selayaknya daripada kerajaan negeri.


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Penduduk Kampung tersebut Haji Mohd Deraman [Gambar atas- berbaju belang, kanan] berkata, perkara tersebut telah diputuskan bersama dengan pihak Pejabat Tanah Daerah Marang dalam pertemuan yang diadakan pada minggu lalu.


“atas prsetujuan kami bersama dimana penduduk di sini akan membuat tuntutan Che Haris (Peguam) akan proses benda (urusan) ini,

“Jawatankuasa telah membuat mesyuarat dan akan membuat penilaian semula kerana penilaian sebelum ini tidak tepat kerana melibat pengukuran (tanah) baru,

“dari garis hijau ke garis kuning, banyak lagi rumah-rumah yang terlibat, bukan 22 buah sahaja,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika member taklimat kepada Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat bersama rombongan Jawatankuasa Dewan Harian PAS Terengganu yang melawat lokasi, pada Khamis 6 Mac.

jalan mercang jambu bongkok6Selain itu, kata Mohd, Jawatankuasa Bertindak juga akan meminta penjelasandari kerajaan negeri, mengapakah tidak ada sebarang pemberitahuan atau pengeluaran semula dokumen tersebut selepas tahun 1965.

Beliau berkata tuntutan akan dibuat keatas tanah rakyat yang diambil balik dan bangunan yang terletak diatas tanah itu.

Peguam Abdul Haris Malik ketika dihubungi mengesahkan, beliau bersama Haji Mohd Deraman dan Timbalan Lujnah Tanah PAS Terengganu Haji Amzad Hashim telah bertemu dengan pihak berkasa pejabat tanah.

Beliau berkata, pihaknya sudah membuka fail dan mengumpulkan semua fakta dan dokumen berkenaan selengkapnya, sebelum membuat tuntutan tersebut.

Berhubung dengan gerai-gerai peniaga jagung yang telah dirobohkan sendiri oleh pemiliknya atas arahan kontraktor, Mohd Deraman berkata, Jawatankuasanya juga akan turut membuat tuntutan pampas an ganti rugi kerana kehilangan pendapatan dan kerugian.

jalan mercang jambu bongkok7Katanya, walaupun gerai-gerai tersebut teletak dalam tanah rezab jalan yang telah diwartakan, namun mereka telah diberikan lessen oleh pihak Majlis daerah Marang dan membayar leen perniagaan atas premis yang dibenarkan.

“bangsal (gerai) jagung kita tuntut, kita tuntut (gantirugi) juga atas dasar dia (Majlis Daerah) beri lessen, dan dia tahu (sedar) orang berniaga di sini, dan (tetapi) di tidak keluar notis”

“lesen mesti ada premis, tapak berniaga tapi dia tak keluar (sebarang) notis, (kes) bangsal jagung ini……akhirnya pejabat daerah juga reda (berlembut),”jelasnya.

Pada 23 Februari lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Bukit Tunggal Dr Alias Razak berkata, rakyat mengalu-alukan pembesaran jalan pantai yang sedang dilakukan dari daerah Kemaman hingga ke daerah Besut.

Katanya, ia juga menjadi tawaran PAS dalam manifesto pilihanraya umum yang ke-13 lalu, namun perlaksanaannya oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak mengikut piawaian ‘standard’ yang telah ditetapkan oleh kerajaan sendiri.

“Kita sebagai rakyat Terengganu memang mengalu-alukan. Ini menjadi tawaran kita dalam manifesto PRU-13 dari Pakatan Rakyat, iaitu mewujudkan lebuhraya pantai untuk menggalakkan perlancongan dan bagi kemudahan kepada rakyat Terengganu.

“Kita tidak ada isu untuk menghalang pembangunan ini, tetapi cara (ia) dilaksanakan oleh pihak kerajaan dibawah yang berhormat Dato’ Seri Ahmad Said jauh berbeza dengan perancangan Pakatan Rakyat sekiranya kita memerintah,”ujarnya.

Ulasan