15 Mac 2014

Itqanul Hadid Wakili DUN Rhu Rendang

karnival sukan pasti rhu rendang1
MARANG – Pasukan bola sepak PASTI al-Itqanul Hadid dari Kampung Rusila di nobatkan sebagai Johan keseluruhan acara bola sepak di Karnival sukan PASTI peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang.

Kejohanan tersebut telah berlangsung pada pagi hari ini Sabtu, 15 Mac, di Padang Bola Kampung Bukit Gasing dekat sini.


Acara tahunan peringkat Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) itu diadakan untuk memilih pasukan terbaik bagi mewakili DUN Rhu Rendang ke
Karnival peringkat Kawasan Parlimen Marang.
Itqanul Hadid berjaya menundukkan pasukan tuan rumah Iaitu pasukan bola sepak PASTI Kampung Bukit Gasing dengan jaringan 3 – 0.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan bola sepak PASTI Kampung Sentul Patah dan PASTI Kelulut menduduki tempat keempat.

Adik Wan Arif Zaquan dari pasukan Itqanul Hadid diumumkan sebagai pemain terbaik keseluruhan.
Turut hadir pada program ini adalah Ketua Pemuda PAS DUN Aswadi Mohamad, Pengerusi PASTI DUN Nazirul Ahmad dan Ketua Cawangan Bukit Gasing Ustaz Abu bin Soleh.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...