27 Mac 2014

Kemudahan Asas Rosak; Pihak Berkuasa Diminta Ambil Tindakan

KUALA NERUS – Pihak berkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan lain-lain yang berkaitan diminta mengambil tindakan terhadap pelbagai kemudahan asas yang rosak.

10007400_819268744754511_452617490_nAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr. Alias Razak berkata, beliau telah menghantar surat pemakluman dan berjarap ia dapat diperbaiki segera.
“sebahagian dari aduan penduduk yang telah dimajukan kepada agensi kerajaan yang berkaitan untuk diambil tindakan lanjut,
“dalam dialog dengan penduduk minggu lalu mereka mengadu tetang kemudahan asas yang rosak dan perlu diperiki segera,”ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Nerus berkata, parit jejari di Kampung Leban di Bukit Tumbuh sudah lama tidak berfungsi, menyebabkan air tersumbat dan menjadi sarang pembiakan nyamuk.
Selain itu, katanya, jalan melalui kawasan industry pembuatan bot khususnya berhampiran ‘Kay Marine’ rosak teruk selepas di landa banjir pada musim tengkujuh lalu.

“saya juga mengajukan permohonan supaya pihak Tenaga Nasional Berhad dapat memasang lampu bagi orang awam di Taman Tanjung Muda,

“ia akan dapat mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini pada waktu malam yang akan mengundang perilaku negatif sekiranya kawasan tersebut bergelap,”jelasnya.

Tiada ulasan: