12 Mac 2014

Keracunan Makanan Pasar Malam ; Kembalikan Kepercayaan Orang Ramai

Mohd Nor Hamzah Pasar Malam.1jpgMARANG – Kebanyakkan rakyat negeri Terengganu mengambil sikap berhati-hati dan menunggu apakah hasil siasatan pihak berwajib berhubung kes keracunan makanan yang dipercayai dibeli di pasar malam Taman Syahbandar minggu lalu.

Ia adalah langkah penting diambil ekoran seorang kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia, setelah makan ayam goreng yang dibeli dari pasar terbabit.
Sikap orang ramai itu dipuji kerana isu kesihatan tidak boleh diambil mudah, sebaliknya bagi pihak peniaga, mengalami musim suram apabila perniagaan mereka ‘merudum’.


Ketua Penerangan PAS negeri Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika ditemui berkata, memuji langkah yang diambil oleh orang ramai rakyat yang berhati-hati dalam hal tersebut.

Namun begitu, beliau berharap pihak Jabatan Kesihatan dapat memaklumkan keputusan siasatan yang dibuat kerana katanya, semakin lama rakyat menunggu, semakin banyak khabar angin yang akan tersebar yang boleh memberikan keadaan tidak selesa kepada masyarakat.

“Sekurang-kurangnya bagitahulah sedikit maklumat bagi rakyat memahami keadaan agar menutup ruang bagi pihak yang tidak bertanggungjawab dari membuat spekulasi.

“Tambah-tambah lagi dengan adanya teknologi di tangan seperti Facebook, Twitter,WhatsApp, blog dan lain-lain lagi, amat mudah berita disebar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat lawatan ke pasar malam Atas Tol yang baru dipindah lokasinya dari Kampung Atas Tol ke perkarangan Pasar Kedai Buloh yang baru.

Katanya, beliau menerima banyak keluhan para peniaga pasar malam yang mendakwa perniagaan mereka terjejas dengan kes keracunan makanan itu.

“peniaga mengadu, ramai pelanggan tidak keluar kerana bimbang untuk membeli makanan yang dijual di pasar malam, bimbang tentang keracunan menyebabkan para peniaga yang bergantung sepenuhnya pendapatan mereka dari hasil jualan makanan di pasar-pasar malam rugi teruk, sekaligus menjejaskan pendapatan mereka,

“kasihan kepada peniaga yang jujur menjual makanan bersih, dan tidak terlibat dengan kercunan,”jelasnya.

Justeru, beliau menggesa, pihak kerajaan dan agensi terbabit mengambil tindakan segera bagi mengembalikan kepercayaan orang ramai dan memulihkan keadaan pasar malam seperti sebelumnya, disamping memastikan peniaga yang engkar terhadap masalah kebersihan dan kesihatan dihukum segera.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018