
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang Cikgu Alias Harun melahirkan rasa kesal kerana kegagalan pihak berkuasa menyiapkan projek tersebut telah menyebabkan kawasan sekitar ditenggelami air setiap kali apabila tiba musim tengkujuh.
“telah beberapa kali orang ramai mengalami kerugian akibat banjir semasa musim hujan, ini yang membebankan rakyat kebanyakan yang terpaksa mengalami tekanan dan sentiasa dalam keadaan resah setiap kali musim banjir,”ujarnya.
Beliau berkata dmikian ketika ditemui selepass melawat projek tersebut di Taman Rakyat dan kawasan sekitarnya di Kampung Paya, Balai Besar, dekat sini.
Menurutnya, tarikh siap projek sebagaimana dijanjikan kerajaan adalah pada 29 November tahun 2013.
Namun, katanya, sudah hampir enam bulan berlalu, tidak ada apa-apa kemajuan kepada projek yang diangga sebagai ‘separuh siap’ itu.

Katanya, kelewatan penyiapan projek tersebut juga akan meningkatkan kos dan merugikan rakyat serta kerajaan.
“Tebatan banjir dijangka dapat mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung rakyat yang tinggal di sekitar Taman Rakyat dan Kampung Paya, saya gesa kerajaan dan JPS ambil cakne lah…… siapkan segera mana-mana yang tak siap,
“pembinaan ini mestilah dipantau bagi engelakkan kerugian dan bagi merealisasikan impian rakyat, mengelak banjir daripada berlaku. Perbelanjaan yang melibatkan wang kerajaan negeri hendaklah di belanja dengan telus dan tiada sebarang pembaziran yang berlaku,”tegasnya.

Sebaliknya, kata beliau, kontraktor terbabit hanya menggunakan batu-batu kecil dan tanah biasa sahaja, yang menyebabkan ia runtuh ketika musim banjir baru-baru ini.
Beliau turut mencadangkan, kawasan terlibat dengan projek tersebut diperluaskan, meliputi kawasan Kampung Binjai dan Che Lijah, memandangkan Sungai Dungun adalah juga daripada punca yang sama, yang sering melimpah airnya, pada masa musim banjir.
Ulasan