Khidmat dan Bakti Allahyarham Cikgu Rogayah Akan Dikenang

IMG-20140323-WA0049DUNGUN – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) dan PAS Kawasan Dungun merakamkan ucapan takziah kepada keluarga guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Allahyarham Cikgu Rogayah.

Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, jasa dan khidmat bakti beliau selaku pengasas dan tenaga penggerak PASTI Kampung Tengah Sura akan dikenang sepanjang masa.


“saya mengucapkan takziah dan berharap keluarga Allahyarham dapat bersabar menerima ujian dari Allah, khususnya kepada suami arwah Saudara Anuar,

“InsyaAllah, kita bedoa kepada Allah, semoga jasa dan khidmat bakti Cikgu Rogayah akan dikenang sepanjang masa dan roh beliau diletakkan di kalangan para mujahidah dan solehah,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat jenazah di rumah ibu Cikgu Rogayah di Jalan Kubur Kampung Molek, dekat sini pada Ahad, 23 Mac.

Pada 19 Mac lalu, arwah masih lagi mengajar seperti sediakala dan tiada tanda-tanda bahawa beliau akan pergi buat selama-lamanya.

Menurut suaminya, beliau membawa arwah untuk mendapatkan rawatan ke klinik kesihatan Alor Tembusu apabila arwah mengalami ‘muntah-muntah dan kerap’ buang air.

“selepas pemeriksaan dibuat beliau disyaki mengalami demam denggi dan terus dihantar ke hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu,

“kemudian hospital mengesahkan beliau mengalami jangkitan kuman di paru-paru dan menghembuskan pada kira-kira jam 7.27 pagi (Ahad),”ujarnya.

Turut menziarahi keluarga Allahyarham adalah Ahli parlimen Dungun YB. Ustaz Wan Hasan Mohd Ramly, ADUN Sura YB Wan Hapandi Wan Nik dan Pengarah PASTI Dungun Khairul Ismail.

Jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam bersebelahan surau Kubur Kampung Molek selepas solat dzuhor.

Ulasan