01 Mac 2014

Kubu Kuat Umno Jabi Ditembusi

SETIU – Setelah sekian lama, Kampong Tok Dor Luar menjadi simpanan tetap Umno Jabi, hari Jumaat 28 Februari 2014 menyaksikan sejarah baru tercatat dalam politik setempat.
Sebuah cawangan baru berjaya ditubuhkan menjadi cawangan bongsu PAS yang ke 24 dalam Dun Jabi.


Berucap merasmikan penubuhan cawangan baru yang diberi nama PAS Cawangan Tok Dor Luar ini, Pengarah MTD Jabi, Dr Azman Ibrahim menegaskan, di dalam suatu gerakan, anggotanya adalah ibarat satu ikatan lidi penyapu.

Beliau berkata, bukan semua sama panjang saiznya dan bukan semua akan kena sampah bila disapu, tapi semua lidi adalah penting dalam ikatan tersebut.

“Dalam mana-mana organisasi apatah lagi organisasi dakwah, tarbiyah dan politik seperti PAS, ada 4 kelompok ahli dan penyokong,

“mereka yang ada idea, ada pendapat serta boleh melaksanakan kerja. Bilangannya tak ramai. Mereka yang tahu memberikan idea dan pendapat, tapi kerja tak pandai buat. Tak apa. Anda dialu-alukan untuk terus memberikan idea.

Dr Azman Ibrahim
“Orang yang tak ada idea dan pendapat tapi tunggu pendapat dan idea orang lain untuk buat kerja. Beri arahan saja mereka akan laksanakan. Orang yang tak tahu buat kerja serta tak ada idea dan pendapat. Tak apalah, anda sama-sama bantu memeriahkan medan perjuangan ini.

“Hakikatnya, tiada siapa yang terpinggir dalam perjuangan ini. Semua kita adalah penting!,”ujar gas beliau.

Program yang berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 40 orang ahli dan penyokong PAS setempat telah membuka mata ramai orang bahawa sebenarnya PAS mempunyai kekuatan tersendiri di sini.

Semua yang hadir terdiam terharu apabila ketua cawangan PAS yang baru ini, mesra dikenali sebagai Din Telefon mengumumkan, beliau mewakafkan sebahagian dari tanah miliknya untuk didirikan sebuah surau yang akan berperanan sebagai Markas PAS Cawangan.

Turut hadir semalam adalah anggota-anggota Dewan Harian MTD Jabi terdiri dari Ustaz Ismail Awang Teh selaku penasihat, Ustaz Zulbhari Abdul Rahman, Timbalan Pengarah, Sudin Awang, Setiausaha, Hj Abdullah Hemzah, Bendahari, Rafei Long Hassan, Ketua Pemuda Dun dan Norisabri Ismail sebagai Penolong Setiausaha Dun.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...