PASTI Ammar Dapat Bangunan Baru

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/Ustaz%20alias.jpgKEMAMAN – Anak-anak yang belajar di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Ammar dalam kawasan Dewan Undangan (DUN) Kemasik akan dapat belajar dengan lebih selesa apabila bangunan barunya siap kelak.

Menurut Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, PASTI tersebut ditubuhkan kerana permintaaan yang tinggi oleh masyarakat setempat kepada pendidikan PASTI yang mengutamakan pengisian ilmu dan akhlak Islam.


“Desakan dari kesedaran masyarakat sekarang yang berlumba-lumba untuk pengisian ilmu dan akhlak yang terbaik untuk anak-anak mereka,

“ia adalah sebab utama tertubuhnya PASTI Ammar ini,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah pembinaan bangunan di Kampung Chabang, Kemasik, dekat sini.

Katanya, PASTI merupakan salah satu institusi pra sekolah yang dikelolakan oleh Dewan Pemuda PAS bagi Kawasan-kawasan di seluruh negara dan diuruskan oleh qariah setempat bagi melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah.

Menurutnya, bangunan yang bernilai RM180,000.00 itu akan menempatkan beberapa buah kelas untuk pelajar tahun 4, 5 dan 6.

Ulasan