09 Mac 2014

Pasukan Tindak Kecemasan, PAKAT Selamatkan Pemancing

KEMAMAN – Pasukan Tindak Kecemasan (Emergency Response Team) bersama dengan Pasukan Kembara PAS Kemaman (PAS Kemaman Adventure Team -PAKAT) bergegas ke kawasan hutan berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Padang Kubu setelah mendengar isyarat kecemasan.


Kedua-dua pasukan itu digerakkan sebaik mendapat panggilan melalui radio amatur oleh sekumpulan pemancing yang terkandas di lokasi tersebut.

Menurut Ketua Unit Teknologi Maklumat PAKAT, Halfian Ahmad, pasukan PAKAT dan ERT bergerak kira-kira jam 10 malam, dengan tiga buah kenderaan.

ERT1
“tiga buah pacuan empat roda PAKAT 4X4dan ERT digerakkan bagi misi menyelamat sebuah kenderaan pacuan empat roda yang tersekat di dalam alur sungai,

“memandangkan tiada liputan untuk rangkaian telefon, radio amatur menjadi alat perhubungan utama,”ujarnya.

Katanya, setelah bergerak sejauh 10 km pada kira-kira jam 1:30 pagi (Sabtu 8 Mac) konvoi menyelamat sampai ke tempat kejadian berhampiran jeram yang dikenali sebagai Jeram Berasap.

Menurutnya, pada petang sebelum itu, mangsa iaitu Mohd Anuar Mohd telah menghubungi pihak luar untuk memohon pertolongan dengan bantuan radio yang dibawanya.

Pakat ert selamatkan pemancing1“Setelah bertungkus lumus akhirnya pada jam 3:00 pagi kenderaan tersebut berjaya dibawa keluar. Mangsa bersama empat orang rakannya yang pergi menangkap ikan bersyukur dan berterima kasih.

“kerana pihak ERT dan PAKAT mendengar panggilan radionya dan segera datang untuk misi menyelamat,”kata Halfian yang juga seorang aktivis media PAS Terengganu.

Tiada ulasan:

Razif Beri Guru Sepasang ‘Kain Empat Musim’

Pendaftaran ‘online’ bagi menghadiri majlis sambutan hari guru dan hari raya sekolah-sekolah dalam daerah Kuala Nerus, menjadikan para g...