Presiden Tak Buat Sesuatu Kecuali Dapat Maklumat Jelas

KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat mewakili seluruh anggota Badan Perhubungan PAS Negeri memberi sokongan yang penuh kepada Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Mesra Media pada Jumaat 28 Februari, Ustaz Satiful menegaskan, Dato’ Seri Hadi tidak akan bertindak, kecuali mendapat maklumat yang jelas tentang sesuatu perkara.

Beliau yang juga ADUN Paka kesal, isu bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi akan muncul setiap kali pada pilihanaraya kecil diadakan sejak pilihanraya umum yang lalu.

“Kami pihak Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu (BPPNT), memberi sokongan penuh kepada Presiden, (saya tahu kerana) saya sendiri duduk di Dungun, kawasan yang terlibat dengan benda (kes) ini.

Mesra Media1“Presiden (Dato’Seri Hadi) dia tak buat sesuatu, kecuali dia dapat makluman yang jelas…….. sepanjang kita tengok (dengar) ucapan Presiden tak sebut nama peribadi pun (dan) perkara ini, kita serah kepada mahkamah……….. mahkamah akan buat keputusan.

“Dari segi imej PAS, isu semasa ini sementara sahaja, dari segi sokongan kepada Presiden………. (ia) semakin meningkat……..setiap kali PRK, keluar isu Shamsul ini, daripada (PRK) Kuala Besut, Sungai Limau, sehingga Kajang, masih keluar isu ini lagi,”ujarnya.

Beliau menegaskan, sasaran PAS dan Pakatan Rakyat adalah untuk menang dalam satu-satu pilihanraya.

Katanya, pada pilihanraya umu lalu, PAS mengatur strategi untuk menang di parlimen Dungun dan Kuala Nerus.

Oleh itu, beliau berkata, jika calon yang diletakkan walaupun tidak diterima oleh masyarakat, ia akan menjejaskan undi kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Mesra Media

“perancangan kita, untuk menang di parlimen Dungun dan Kuala nerus, ia berkait rapat dengan (DUN) Seberang Takir dan Bukit Besi. Apabila cadangan calon yang kita rasa tak sesuai,

“memang keputusan Presiden betul……………kalau begitu, calon yang kita rasa ingin dicadangkan, kita rasa perkara ini bukan menjejaskan imej PAS akan datang, juga melibatkan undi masyarakat,”jelasnya.

Justeru itu, beliau menekankan, parti-parti dalam Pakatan Rakyat mestilah meletakkan calon-calon yang mendapat persetujuan semua pihak, kerana ia melibatkan pilihan semua pengundi dan berkait rapat dengan masa depan politik sesuatu parti.

Ulasan