Tambah Nilai Peranan PAS Agar Lebih Berdaya Saing Dan Dinamik

IMG-20140315-WA0049DUNGUN – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang sedang berusaha menambah peranan dan fungsi PAS Cawangan-cawangan dalam Dun tersebut ke arah lebih berdaya saing, dinamik dan berkesan.

ADUN Rantau Abang, Cikgu Alias bin Harun berkata, langkah itu dilakukan bagi memastikan pengurusan dan pentadbiran serta kepimpinan peringkat cawangan akan terus popular dikalangan ahli dan juga masyarakat setempat.


Sehubungan itu, beliau berkata, pemimpin peringkat Cawangan akan terus diberi pendedahan dan latihan yang melibatkan perkara asas serta pendekatan penting soal-soal pengurusan dan pentadbiran, sikap dan tindakan kerja.

“Sebenarnya pemimpin yang sedia ada tidak menghadapi masalah, namun apa yang penting adalah peranan dan fungsi jawatankuasa itu sendiri yang perlu ditambah nilai dan berdaya saing,
“kita mesti mengatasi parti Umno melalui JKKK yang menguasai sesebuah kawasan atau kampong,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan perasmian Kursus Pengurusan dan Pentadbiran PAS Cawangan peringkat MTD Rantau Abang 2014 di Dewan Pasti Qaryah Gong Pasir di sini pada Jumaat.

Seramai 100 peserta terdiri daripada Jawatankuasa Harian PAS Cawangan hadir, termasuk tenaga pemuda dan muslimat .

alias harun zakaria dagangKursus yang dianjurkan oleh Bilik Gerakan DUN Rantau Abang itu, telah dikendalikan oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu Ustaz Zakaria bin Dagang.

Beliau menyampaikan isi kandungan kursus yang bertajuk ‘Panduan Pengurusan dan Pentadbiran Pas Cawangan’ dengan baik dan berkesan.

Menurut Ustaz Zakaria , soal pengurusan dan pentadbiran parti adalah menjadi keutamaan kearah membantu kemenangan Pas dalam pilihanraya yang akan datang.

“BPPNT akan terus mengaktifkan Akedemi Latihan Kepimpinan dan Petugas Parti ( ALIM) yang model latihan adalah berpandukan Akedemi Latihan Kepimpinan (AKEP) yang di guna pakai secara berkesan pada PRU 12 yang lau.

“Antara modul yang menjadi pemgisain ALIM adalah Pengurusan Parti, Kepimpinan, Pilihanraya, Penerangan serta Pengurusan dan Pentradbiran,”katanya.

Justeru itu, Zakaria menegaskan, bagi mengembangkan pengaruh PAS dikalangan ahli dan juga masyarakat, ia memerlukan komitmen dan pengorbanan daripada pemimpin peringkat cawangan.
Ini kerana, katanya, mereka dianggap sebagai ‘agen’ dan tenaga parti yang amat penting dan paling dasar di peringkat akar umbi.

Ulasan