Unit Amal Bantu Siapkan Surau

surauMARANG – Jabatan Amal adalah satu nama yang sinonim dengan kerja-kerja kebajikan bagi membantu masyarakat tanpa mengira faktor politik, agama, bangsa serta status dan sentiasa di hadapan apabila bantuan diperlukan masyarakat.



Kesungguhan dan keihklasan yang mereka tunjukkan dalam gerak kerja kebajikan ini, telah menarik perhatian masyarakat antaranya ketika memberikan bantuan banjir di Kuantan dan Kemaman baru-baru ini.

Dengan kemahiran yang pelbagai yang dimiliki oleh ahli-ahlinya, masyarakat memberikan kepercayaan kepada mereka dan hampir semua kerja amal dapat dilakukan dengan sebaiknya.

Satu gotong royong bagi menyiapkan bangunan Surau al – Quddus setinggi satu tingkat di Kampung Batu 9 telah diadakan oleh jawatankuasa surau dengan kerjasama Jabatan Amal Kawasan Marang.

Seramai kira-kira 20 orang anggota Jabatan Amal yang mahir bertukang, hadir dalam program gotong royong ini dan ini adalah kali kedua mereka menjayakan program sebegini di surau ini.

Surau yang lokasinya terletak berhampiran susur masuk ke Lebuhraya Pantai Timur di simpang empat Bukit Payong itu sebenarnya telah lama dibina tetapi pembinaannya berjalan agak perlahan kerana faktor kewangan.

sebanyak RM 150 ribu dan selepas lapan tahun berlalu, kos itu sudah pastinya semakin meningkat.
Dengan sumbangan orang ramai, surau yang mula dibina pada tahun 2006 itu sekarang ini kembali rancak pembinaannya dan dijangka siap sebelum Ramadhan ini.

bagi mengurangkan lagi kos pembinaan, penduduk kampong bergotong royong pada setiap hujung minggu membina surau ini.

Pengerusi Jawatankuasa Surau al-Quddus Batu 9 Haji Mamat Jusof, 59, berharap dengan siapnya bangunan ini serta kedudukan surau yang sangat strategik ini akan memberikan lebih keselesaan dan menarik kehadiran lebih ramai jemaah.

Beliau berkata untuk itu ( menarik lebih ramai jemaah), bukan sahaja keselesaan yang ditekankan, tetapi jawatankuasa juga telah merancang mempelbagaikan lagi program untuk jemaah yang kebanyakkannya adalah penduduk setempat.

Ulasan