Urutan Apa Sampai Berharga RM250.00??

dppkd hantar memorandum3Oleh Zul Shawal
DUNGUN – Menghayati slogan “Amal Makruf, Nahi Mungkar”, Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun (DPPKD) telah menghantar memorandum bantahan terhadap pemberian lesen premis perniagaan rumah urut kepada Yang Dipertua Majlis Pembandaran Dungun (YDP MPD) pagi semalam.

Kunjungan hormat DPPKD yang diketuai oleh ketuanya, Muhammad Hanafi Abdul Aziz telah menyerahkan memorandum kepada YDP MPD, Encik Ibrahim bin Mohammad di bilik pejabat beliau.

Bantahan ini dibuat kerana, DPPKD mendapat sumber yang premis tersebut ada menjalankan aktivi maksiat dalam perniagaan mereka.

“kami keliru dengan kegiatan perniagaan mereka, jika papan tanda perniagaan tertera jelas ‘pusat urutan kaki’, kenapa premis tersebut menyediakan bilik-bilik dan tilam, sepatutnya hanya kerusi sahaja yang perlu di sediakan,” hujah Muhamad Hanafi kepada YDP MPD.

“Kami mohon agar pihak YDP dapat menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada MPD agar dapat mengambil tindakkan terhadap premis-premis tersebut,” tambah beliau lagi.

Tinjauan ke atas salah sebuah premis tersebut yang terletak di Pusat Niaga Paka malam khamis lepas, premis tersebut rancak dikunjungi pelanggan bermula jam 10 malam. Harga tawaran sehingga rm 250.00 menimbulkan spekulasi tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis berkenaan.

“Kaedah urutan apa yang digunakan sehingga RM 250? Tambahan pula perempuan yang menjadi tukang urut. Kami juga menerima banyak rungutan dari peniaga-peniaga yang bersebelahan dengan premis mereka.

“Lagi mengecewakan perniagaan rumah urut ini berdekatan dengam Masjid Jamek Paka dan berhadapan dengan tapak pasar minggu. Pekerja urut ni, pakaian memang menjolok mata, cuba bayangkan kalau anak-anak pengunjung pasar malam terlihat mereka?” ujar Haji Nurolazhar Ali,
Ahli Jawatankuasa PAs Kawasan Dungun yang turut sama dalam rombongan tersebut.

dppkd hantar memorandum2Ditanya jalan penyelesaian yang mungkin diambil oleh pihak MPD, pihak MPD akan bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain untuk mengambil tindakkan sewajarnya terhadap premis-premis berkenaan.

Dalam majlis kunjungan itu juga, DPPKD sempat melontarkan permasalahan masyarakat setempat. Isu petak letak kereta bermeter dengan kadar permulaan RM0.30 per 30 minit, difikirkan tidak adil bagi pengguna kenderaan yang hanya mengunakan petak tersebut tidak sampai 30 minit.

Isu percukaian premis perniagaan yang tinggi dan berganda juga sempat dilontarkan oleh DPPKD.
Rombongan DPPKD juga sempat mengunjungi Pegawai Agama Daerah Dungun, Tn Haji Nik Zulhaiza Ismail di Pejabat Agama Daerah Dungun bagi mengatakan bantahan terhadap isu rumah urut.

Pegawai Agama Daerah telah memberi taklimat berhubung dengan isu tersebut dan perjalanan yang telah dan bakal diambil oleh pihak mereka.

“Pihak penguatkuasa agama telah pun membuat serbuan terhadap premis tersebut, namun tiada tangkapan yang dapat dibuat,” ujar Tn Haji Nik Zulhaiza ketika mengakhiri perbincangan tersebut.

Ulasan