06 April 2014

Beli ‘Amphicoah’ RM6 juta, Bantuan Mangsa Banjir Masih Belum Dibayar!

HanafiahKEMAMAN – Janji Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak dan Menteri Besar (MB) Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said mahu memberikan bantuan kepada semua mangsa banjir di daerah Kemaman khususnya DUN Chukai masih belum ditunaikan, walaupun banjir telah lama surut.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, sebaliknya Ahmad Said menghabis wang rakyat pergi ke Antartika.

“banjir sudah selesai, rakyat yang mengalami banjir belum dapat peruntukan. Walaupun dijanjikan oleh Menteri Besar Terengganu kepada setiap mangsa banjir yang hilang semua alatan di dalam rumahnya (sebanyak) RM1500. Tapi, sampai sekarang pun tak diberi.

“Tiba-tiba Menteri Besar, pergi ke Antartika. Sepatutnya, selepas banJir, dia tolong rakyat. Dia tidak perlu ke antartika, cari Peguin! Tetapi dia menghabiskan duit rakyat. Kononya dia seorang saintis…….. Saya minta maaf kepada menteri besar, saya ingta dia belajar sains politik. Rupanya dia pakar sains sebab itu dia ke Antartika!,”ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Kemaman berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam DUN Chukai pada Jumaat 4 April.

Beliau mendakwa, selepas Ahmad berseronok di Antartika, pada dua hari yang lalu, beliau mengisytiharkan pula akan membeli bas ‘amfibia, berharga RM6 juta.

“bas ini boleh berjalan atas air, di tasik Kenyir. (kononnya) ia kan bawa pelancong-pelancong untuk melihat keindahan tasik Kenyir.

“dua buah harga RM6 juta………bila ada orang (buat) carian (dalam) internet, harga sebuah baru RM1.6 juta. (tapi) dia (Ahmad Said) beli harga RM3 juta (sebuha),”jelasnya.

makan malam dun chukai1Menurutnya, beliau akan membawa perkara tersebut pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan datang, supaya Menteri Bear menjawabnya dengan segera.

Katanya, dakwaan kerajaan Umno bahawa bas ‘amfibia’ tersebut juga boleh digunakan untuk menyelamatkan mangsa banjir sebagai ‘tidak praktikal’ kerana pergerakannya yang lambat tidak akan dapt melakukan tugas penyelamatan dengan segera.

“Dia (MB) cakap, kalau baniir mari sekali lagi, dia akan bawa mangsa banjir…….cuba kita bayangkan, sebuah bas boleh naik 50 orang, bas itu boleh (bergerak) laju 8 knot, sepatutnya ada bot laju untuk ambil (selamatkan) orang,

“lepas itu, orang Kenyir. Orang yang ada bot (pengusaha) kat sana, bila mari (beli) bas ini, macam mana nasib mereka? Inilah penyelewengan yang besar di Terengganu,”tegasya.

Beliau berhara selain Majlsi Makan Malam yang diadakan bagi mengutip dana, para hadirin dapat membuka minda kerana katanya, bahawa sudah tiba masanya kita turunkan Umno dalam PRU yang akan datang.

Tetamu kehormat dan turut menyampaikan Majlis tersebut adalah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob dan Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman Ustaz Alias Hamid.

Lebih RM100,000dapat dikumpulkan pada majli tersebut bagi membeli sebuah van untuk khidmat DUN Chukai dan bagi membiayai program-program kebajikan bagi DUN Chukai

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...