18 April 2014

‘Explorace’ Ameerah Meriah

KEMAMAN – Acara Explorace-Amerah Bersama Mu merupakan acara sulong sempena program Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu (IKPNT) yang diadakan selama dua hari di Pekan Kemasik dekat sini.

Acara ini telah dirasmikan oleh Puan Zuraida, ketua Ameerah Negeri Terengganu. Acara ini telah dapat menarik peserta seramai 200 orang, 2 orang bagi setiap kumpulan. Terdapat 4 kategori yang disediakan iaitu kategori Remaja, kategori Belia, kategori Dewasa dan kategori Veteran.
Setiap peserta diwajibkan melalui 6 ‘check point’ sejauh 2 km yg terletak di sekeling tapak program, Kampung Baru Kemasek dan Pantai Tampin. Setiap kategori disediakan hadiah tempat pertama wang tunai RM300 dan hamper bagi setiap peserta.
Siti Aisyah Abdul Ghani, pengarah program Explorace mengucapkan terima kasih kepada semua jawatan kuasa Ameerah terutama sekali Ameerah DUN Kemasek dan Ameerah Kawasan Kemaman diatas kerjasama yang diberikan.
Sambutan peserta sangat meriah dan mengalakkan. Harapan beliau semoga program seperti ini diteruskan lagi di masa lain.
Noranis Syafera, 16 tahun dan Norafzan 16 tahun antara peserta kategori Remaja menyatakan program ini sangat bagus dan mencabar.
Selain daripada itu ia juga dapat berkenal mesra dengan ramai orang kerana konsep program ini bersifat kemasyarakatan. Mereka juga mengharapkan program seumpama ini dapat diteruskan lagi.

Tiada ulasan:

Pecutan Akhir Persiapan HARAP 3.7

Oleh : Khairul Nizam Abdullah SETIU - Persiapan terakhir bagi menjayakan program Himpunan Harapan Semua (HARAP) - PGU 3.7 Setiu sedang ...