03 April 2014

Kerajaan Negeri, Pejabat Tanah Diminta Jelaskan Bagaimana Tanah Milik Penduduk Jadi Tanah Rezab Kerajaan

kamaruzzaman A WahabMARANG – Kerajaan negeri Terengganu dan pihak berkuasa Pejabat Tanah Daerah Marang diminta menjelaskan bagaimana Projek Cadangan Melebarkan Laluan F3 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan Dari Kampung Kolam Marang Ke Rantau Abang Dungun di Kampung Pasir Putih melibatkan tanah kerajaan sebagaimana didakwa oleh Menteri Besar.



Menurut Peguam Kamaruzzaman A. Wahab yang mewakili penduduk terlibat dengan pembinaan projek pembinaan lebuh raya pantai itu, berdasarkan surat milikan (geran) tanah yang ada pada penduduk menunjukkan, tanah tersebut adalah milik mereka.

Beliau berkata, pihak pejabat tanah telah menghantar notis kepada penduduk dan beliau telah menghantar notis balas pada minggu lalu, kerana menurut pemeriksaan beliau tanah itu masih milik penduduk kerana pengambilan balik tidak disempurnakan.

“tanah tersebut masih milik tuan tanah, jadi pada asasnya notis tersebut adalah salah, saya nyata kan dalam notis balas mengikut geran yang ada pada penduduk masing-masing itu bahawa rumah (bangunan) yang dibina oleh peduduk adalah diatas tanah penduduk,

“jadi bagaimana ia (tanah itu) boleh jadi milik kerajaan……..saya minta dia (kerajaan negeri dan pejabat tanah) jelaskan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dato’ Seri Ahmad Said yang membuat
‘kenyataan keras’ tidak akan memberi pampasan kepada penduduk yang terbabit kerana katanya, tanah yang terbabit ialah tanah rezab milik kerajaan.

Kamaruzzaman ketika memberikan taklimat kepada penduduk kampung terbabit pada Selasa malam 1 April di masjid Kampung Pasir Putih berkata, walaupun ada pengambilan balik tanah penduduk pada tahun 1964, tetapi terdapat kecuaian pihak kerajaan apabila ia tidak disempurnakan.

“pengambilan balik tanah (pada) tahun 1964 itu tidak disempurnakan……….kalau pengambilan itu selesai, tanda batu rezab jalan itu mestilah dialih kepada tempat yang sepatutnya,

“sepatutnya kerajaan memanggil balik geran-geran yang ada pada tanah pemilik……….ini adalah kecuaian kerajaan,”jelasnya.

Menurutnya, beliau turut merasa hairan kerana katanya, pihak Pejabat Tanah Daerah Marang tidak mahu menerima notis yang telah beliau hantar, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan kedudukan tanah tersebut.

Justeru itu, bagi pihak penduduk, beliau menggesa kerajaan mempertimbangkan bayaran ganti rugi kepada penduduk keatas bangunan atau rumah yang dirobohkan diatas tanah tersebut.

“itu kedudukan undang-undang yang ada sekarang, jadi sebelum mereka (kerajaan) merobohkan rumah penduduk (kerana) harga bangunan itu ada,

“masih lagi kerajaan negeri (perlu) bertanggungjawab dari segi undang-undang untuk membayar ganti rugi atas harga bangunan (yang akan dirobohkan),”tegasnya.

Sekiranya kerajaan tidak berbuat demikian, beliau berkata, kes tersebut akan dibawa ke mahkamah untuk keadilan dan penyelesaian.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...