Kerajaan Terengganu Luluskan Pembalakan dan Kawasan Perlombongan Secara Tergesa-gesa

penarahan hutanKUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno Terengganu disifatkan terlalu rakus mahu mengeluarkan hasil negeri sedangkan pendapatan dari sumber hasil minyak dan gas masih diperolehi setiap tahun.



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, tindakan kerajaan negeri meluluskan kawasan membalak termasuk kawasan hutan simpan kekal Besul bagi tujuan perlombongan adalah amat mengejutkan.

“saya amat bimang dengan pembalakan berskala besar dalam sejarah negeri Terengganu ini serta perlombongan bijih besi dan kilang keluli yang bakal dibina akan menyebabkan kemunahan ekologi dan kehilangan khazanah negeri,”

“kelulusan tergesa-gesa ini diberikan kepada enam buah syarikat bukan bumiputera selepas kerajaan memberikan lessen kepada syarikat dari Negara China untuk melombong bijih besi dan cadangan membina kilang keluli,”ujarnya

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mempersoalkan, apa relevannya kerajaan negeri meluluskan projek sebesar itu, sedangkan kerajaan telah memperolehi hasil royalti petroleum mencecah RM2.2 bilion setahun.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat mendesak kerajaan negeri mengambil tindakan segera keatas memperbetulkan keadaan, kerana lessen perlombongan yang diberi kepada enam syarikat sbelum ini sudah memberikan kesan yang teruk.

“kita sudah banyak kali menyuarakan, termasuk membawa dalam sidang isu ini, jangan kira kelulusan EIA (yang memang tak ada), apa yang berlaku seperti kemusnahan alam sekitar, kerosakan jalan raya,

Sungai Luit yang tercemar1“sudah berapa kali (dibawa) tetapi tak ada jawapan dari kerajaan negeri, jadi kita harap, kali ini kerajaan beri jawapan kerana ia melibatkan keluasan (hutan yang cukup besar),”jelasnya, yang jugawakil rakyat bagi Kawasan Paka.

Ahli-ahli Yang Berhormat PAS berkata demikian pada sidang media bersama yang diadakan sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua (Persidangan) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketiga Belas, di sini pada Isnin 14 April.

Mengulas perkara yang sama, ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak berkata perlombongan bijih besi di Bukit Besi itu secara berleluasa menyebabkan berlaku penerokaan di kiri kanan bukit tersebut.
Katanya, kerajaan negeri Terengganu bukan ‘terdesak’ untuk mencari sumber kewangan kerana sudah ada pendapatan yang tetap pada setiap tahun.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu mempersoalkan apa yang menyebabkan kerajaan mengambil tindakan ‘rakus’ tersebut?

bukit besi3“kerajaan kita (Terengganu) bukan terdesak tentang masalah kewangan, jadi apa yang menyebabkan kerajaan terlalu terburu-buru dalam masa ang singkat (meluluskan projek tersebut), tanpa mengambil kira (bahawa) kerosakkan alam sekitar (yang berlaku) tidak akan sempat berlaku pemulihan,”

“kalau dibuat secara perlahan-lahan ada waktu untuk pemulihan, tapi semua sekelip mata (dan) apa yang saya tengok (sendiri) pembuangan sisa perlombongan tidak dikendali dengan baik, dibuang begitu sahaja,”katanya.

Menurutnya, beliau yang telah pergi melawat tapak perlombongan tersebut mendapati, air yang dilepaskan dari kawasan tersebut dilepas bebas ke dalam sungai Luit yang berhampiran menyebabkan merosakkan alam dan menghilangkan keindahan negeri Terengganu.

Dr Alias menambah, kerajaan dijangka meluluskan enam lagi lessen perlombongan kepada enam buah syarikat, selepas meluluskan enam lessen yang sedang beroperasi masa kini.

Ulasan