
Solat terakhir tersebut diimamkan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada kira-kira jam 11 pagi.
Allahyarham yang juga dikenali sebagai Ustaz Awang Jidin menghembuskn nafasnya yang terakhir pada jam 9 malam, Khamis 3 April dirumah isteri keduanya di Bukit Tok Beng, Sebarang Takir.
Antara pemimpin PAS yang hadir adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik dan Dr Riduan Mohd Nor, Timbalan-timbalan Pesuruhjaya I dan II, YB Dr Alias Razak dan Haji Yahaya Ali, Ketua dan Timbalan Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu Dato’ Ustaz Husin Awang dan Ustaz Abu Bakar Abdullah.

Pemergiannya meninggalkan dua orang isteri serta 18 orang anak, 10 oorang dari isteri pertama dan 8 dari isteri yang kedua.
Ulasan