Lombong Bijih Bukit Besi Sepatutnya Kutip Hasil Lebih Tinggi

bukit besi6DUNGUN – Dengan kegiatan perlombongan bijih besi yang sedang berjalan dengan begitu ‘agresif’ dan bijih yang berkualiti tinggi, sepatutnya kerajaan dapat kutip hasil yang lebih besar.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr Alias Razak berkata, sepatutnya ia melebihi jumlah hanya RM1 juta sebagaimana dimaklumkan kepada sidang ddewan Undangan Negeri yang lalu.

“Yang kelihatannya ialah kegiatan perlombongan bijih besi sedang berjalan dengan begitu rancak sekali…………begitu agresif, memang nampak sekadar kepandaian kita ni, ‘magnet’ boleh tarik tu memang ‘concentration’ besi dia tinggi besi yang dilombong) berkualiti tinggi,
bukit besi3
“Dan sepatutnya kerajaan dapat kutip hasil yang lebih besar bukan sekadar RM1 juta setahun seperti yang dilaporkan di (Sidang) Dewan Undangan Negeri baru-baru ni, jadi tak munasabah dengan begitu banyak lombong dan begitu agresif perlombongan yang dibuat,

“banyak nya lori yang keluar masuk, kalau kerajaan dapat kutip premium hanya dapat RM1 juta setahun ni saya rasa ada suatu perkara yang perlu diperbetulkan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan mengejut ke kawasan perlombongan tersebut berhampiran pekan Bukit Besi dekat sini pada Jumaat, 11 April.

bukit besi2aMenurutnya, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said pernah berjanji dan member jaminan, memastikan bijih besi yang dilombong akan diproses melalui kilang yang dibina dalam negeri.

Sebaliknya, Dr Alias yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu kesal kerana semua bahan mentah hasil lombong tersebut dihantar ke luar negara.

“Dulu memang ada (MB) janji……… antara janji ataupun jaminan yang diberi oleh MB adalah untuk pastikan (aktiviti lombong) beri peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, iaitu dia memastikan besi ni diproses di sini, dengan ada kilang proses besi kat sini maka lebih ramai orang dapat peluang pekerjaan.

bukit besi4“Tapi bila dapat maklumat yang diberitahu (kepada saya) bahawa tanah bijih dieksport terus ke luar negara dalam keadaan ‘raw material’ (bahan mentah), bukannya diproses kat sini,”jelasnya.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut tidak betul, bahkan menjadi satu kerugian yang besar kerana peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Tambahan lagi, kata beliau, sekiranya kilang besi dibuka dan beroperasi dalam negeri, kerajaan akan memperolehi hasil dari cukai kilang tersebut.

bukit besi5Lebih merugikan, kata beliau, hanya 25% sahaja pengusaha lombong mengambil rakyat tempatan sebagai pekerja dalam oprtasi perlombongan tersebut.

“Kalau yang pekerja kat sini pun boleh dikatakan suku sahaja rakyat tempatan. Tiga suku lagi ialah pekerja asing. Mungkin kerajaan negeri kena buat sesuatu, untuk memberi manfaat yang semaksimum mungkin kepada rakyat Terengganu kerana kita terpaksa korbankan kawasan tanah yang begitu luas, hutan-hutan hijau yang terpaksa dimusnahkan terus.

“Ini pengorbanan besar bagi rakyat negeri dan pada masa depan mungkin tak dapat tengok lagi benda ni,”tegasnya.

Ia satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku kerana kata beliau, sebagai sebuah kerajaan, sepatutnya rakyat diberi keutamaan.

Ulasan