29 April 2014

Maahad Tahfiz Wa Ta’alim Matlain Badrin (MTTMB), 7 Tahun Menempuh Cabaran.

matlain badrainSETIU – Membuka dan mengendalikan perjalanan operasi sebuah institusi pendidikan adalah tanggungjawab yang sangat berat.
Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi yang juga merangkap Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, Maahad Tahfiz Wa Ta’alim Matlain Badrin menegaskan demikian ketika berucap di Ihtifal tahunan, sekolah agama rakyat ini pada Sabtu lepas menegaskan,
“Siapa yang berhajat nak buka satu institusi pendidikan bermakna dia telah rantaikan kakinya dengan komitmen dan tanggungjawab berterusan.

“Dalam bab perkara lain, mungkin ada tolak ansur dan boleh basi-basi, tetapi dalam bab amanah pendidikan anak-anak yang diletakkan di bawah tanggungan kita, tak ada istilah main-main. Ini soal pendidikan masa depan generasi baru Islam,”
Mudir Maahad Tahfiz wa Taalim Matlain Badrin, Ustaz Suhaini Mat Ali memaklumkan, kini seramai 50 pelajar yag tiggal sepenuhnya di asrama, mendalami pengajian masing-masing.
“Maahad Tahfiz ini yang telah menjangkau usia 7 tahun sekarang mempunyai lebih 50 orang pelajar dari kawasan sekitar Besut dan Setiu. Berkonsepkan asrama penuh, sistem pendidikannya merangkumi akademik, agama dan tahfiz. Pengambilan pelajarnya bermula dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5.”
“Ihtifal ini merupakan yang merupakan hari terbuka sekolah merupakan acara dalam kalendar tahunan yang diadakan dengan tujuan untuk mendekatkan masyarakat sekitar dengan institusi pendidikan rakyat.
“Di samping selama ini, para pelajar telah menyumbangkan tenaga sekadar yang termampu kepada masyarakat sekitar seperti menjadi imam solat tarawih dan juga solat jenazah. Hubungan 2 hala ini perlu terus kita pupuk dan pelihara.” Ujar Ustaz Suhaini.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mad dikalangan para pelajar dan masyarakat sekitar adalah merupakan seorang Hafiz.
Bersempena dengan program ihtifal ini, Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu menganjurkan Program Cakna Masyarakat peringkat DUN Jabi yang diisi dengan acara rawatan kesihatan percuma, dikendalikan oleh Papisma Negeri Terengganu.
Dr Suhazeli Abdullah, Dr Arif Ibrahim dan Dr Iham hadir untuk memberikan rawatan kepada hadirin.
Cadangan awal untuk mengadakan kempen derma darah terpaksa dibatalkan ekoran keengganan pihak Hospital Besut untuk memberikan kerjasama.
Seekor lembu berharga RM11,000 hasil dari sumbangan para dermawan dikorbankan untuk hidangan para pengunjung.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018