08 April 2014

NGO Mampu Mengubah Pemerintah

dailog NGO 2b
KUALA TERENGGANU – Pertubuhan bukan kerajaan (Non-Governmental Organisation – NGO) mampu mengubah pemerintah dan menukar satu-satu kerajaan dengan gerakan kuasa rakyat yang besar.


Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi (DEMI) Haji Yahaya Ali berkata, BERSIH adalah satu contoh dimana satu gerakan teratur telah dibuat dapat membentuk pendapat awam.

“sebenarya kita ada kemampuan yang sangat besar…….kita tengok, perhimpunan BERSIH dulu , walaupu parti (politik) ada dibelakang, tapi apabila gerakan itu satu gerakan rakyat,

“yang bersepadu, kita boleh himpunkan satu jumlah lautan manusia, beratus ribu orang….saudara-saudara sendiri terlibat dengan himpunan BERSIH 1, 2 dan 3, ada yang kena (semburan) gas dan sebagainya,

“kita bayangkan……. kalau perhimpunan besar sebegini (dengan) satu pakatan yang baik dengan kita, ada satu gerakan yang teratur, kita akan dapat satu natijah yang sangat besar,”ujarnya.

Menurut Haji Yahaya yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, pendapat awam yang dihasilkan oleh NGO telah diterjemahkan keatas kertas undi

Beliau berkata dalam ucapan penutup program Dailog NGO 2 pada 5 April Sabtu lalu, hasilnya rakyat di semenanjung Malaysia telah menolak Umno dan Barisan Nasional (BN).

Oleh itu, beliau menyeru semua rakyat yang prihatin untuk turun pada perhimpunan yang diadakan di Kuala Lumpur pada 1 Mei depan, bantahan rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup yang tinggi.

“Satu lagi yang saya nak sebutkan pada 1 Mei (depan), setakat yang saya diberi maklumat, satu perhimpunan besar yang akan diadakan di Kuala Lumpur berkait dengan bantahan rakyat terhadap kenaikan kos hidup melampau mungkin juga di tambah (dengan) isu GST,

“sempena Hari Pekerja, perancangan mengambil kesempatan perhimpunan Hari Pekerja sekaligus isu bantahan berhubung dengan kenaikan kos hidup, saya harap, semua yang ada ini akan terlibat sama berkumpul beramai-ramai,”jelasnya.

Pada pilihanraya umum ke-13 lalu, parti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat telah mendapat undi popular sebanyak 52% dai seluruh negeri-negeri di Semenanjung, berbanding Barisan Nasional yang hanya mendapat 48% undi.

Gerakan yang dibuat oleh NGO Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk memastikan pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia.

Tuntutan supaya dilaksanakan pembersihan daftar pemilih, pembaharuan undi pos, gunakan dakwat kekal, memperkenalkan 21 hari tempoh kempen minimum, membolehkan semua pihak akses percuma kepada media, dan menghentikan penipuan pilihan raya, gagal dilaksanakan.

Hadir sama adalah fasilitator Dailog NGO 2, Cikgu Azmi Abdul Hamid, Pengerusi NGO Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Setiausaha PAS Terengganu Haji Muhyiddin Abd Rashid dan Setiausaha DEMI, Haji Ahmas Amzad Hashim

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...