12 April 2014

PAS Tidak Pernah Nafi Peranan Wanita

mustafa ali besutBESUT – PAS mengulangi penegasannya bahawa golongan wanita dalam parti itu tidak pernah dinafikan hak serta peranannya terutama dalam pilihan raya sejak tahun 1959 lagi.


Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata golongan wanita seperti Muslimat PAS tidak dinafikan hak dalam pilihan raya.

Bahkan, katanya PAS sentiasa berusaha bagi meletakkan calon wanita di setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) yang sesuai dalam pilihan raya.

“Muslimat, kita (PAS) tidak pernah dinafikan hak mereka dalam pilihan raya. PAS sentiasa berusaha untuk meletakkan calon muslimat di setiap negeri (Dun).

“Di negeri Terengganu, PAS telah meletakkan calon muslimat pertama pada Pilihan Raya Umum tahun 1959 dan menang di Parlimen Dungun melalui Khadijah Sidek.

“Pada pilihan raya (PRU13) yang lalu sekali lagi PAS meletakkan calon muslimat di kawasan Besut ini iaitu di Dun Kuala Besut dan kita sentiasa berusaha untuk meletakkan calon muslimat di masa akan datang, Insya’Allah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Jubli Emas 50 Tahun Dewan Muslimat PAS Kawasan Besut bertemakan “Tingkatkan Pengorbanan Perkasakan Jamaah” di Kampung Air Tawar, Besut Terengganu, baru-baru ini.

Menurutnya, Muslimat PAS sangat berperanan sebagai jentera parti penting terutama semasa pilihan raya yang diadakan di seluruh negara.

Katanya, PAS juga tidak menafikan gerak kerja muslimat lebih terkehadapan dari kalangan muslimin seperti dalam aktiviti kempen rumah ke rumah.

“Muslimat PAS sangat berperanan dalam parti terutama semasa pilihan raya, bahkan ada gerak kerja muslimat lebih terkehadapan daripada muslimin.Umpamanya, dalam kempen pilihan raya umum atau pilihan raya kecil muslimatlah tanpa segan silu berkempen dari rumah ke rumah,” jelasnya di hadapan lebih 1,000 hadirin.

Dato’ Mustafa yang juga tokoh veteran parti menyarankan agar dasar perjuangan PAS perlu difahami serta diberi penjelasan yang baik kepada masyarakat.

Justeru, katanya Muslimat PAS perlu diperkasakan tenaga kerja dan berusaha mewujudkan tenaga pelapis disamping merancang serta menyusun gerak kerja parti dengan baik.

“ Saya ucap tahniah kepada Muslimat PAS Kawasan Besut yang berjaya menyambut Jubli Emas pada hari ini. Maknanya, usia Muslimat PAS Besut telah menjangkau 50 tahun dan berada dalam usia yang matang, Alhamdulillah.

“Dan untuk (kita) memperkasakan jamaah, dasar perjuangan PAS perlu difahami dan diberi penjelasan yang cukup kepada masyarakat supaya mereka (rakyat) boleh menerima perjuangan PAS.

“Muslimat perlu diperkasakan tenaga kerja dan berusaha mewujudkan tenaga pelapis di samping merancang dan menyusun gerak kerja dengan baik dan berstrategi untuk mendapat perhatian dan sokongan masyarakat,” tegasnya.

Selain itu, Dato’ Mustafa menggesa agar Dewan Muslimat PAS Besut berusaha bersama-sama dengan PAS Kawasan bagi memastikan Besut dapat menyumbang kerusi pada pilihan raya akan datang.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...