Pemuda Anjur Himpunan Pra Bantahan GST 1 Mei, Hari Ini

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) mengeluarkan kenyataan lewat malam semalam Khamis 24 April, menyeru ahli dan para penyokong serta orang ramai mengadakan himpunan Pra Bantahan GST dan Kenaikan Harga Barang yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 1 Mei depan.



Menurut keyataan yang di tandatangani oleh Setiausahanya Mohd Nasir Abdul Razak, Himpunan Pra tersebut akan diadakan serentak seluruh Terengganu Sejurus selepas solat Jumaat esok (hari ini) bertarikh 25 April 2014.

Himpunan itu akan diadakan sekurang-kurangnya di perkarangan lima buah masjid, antaranya Masjid RUSILA, Masjid Pengadang Baru, Masjid Batu 6, Masjid Pasir Minal, Kemaman dan Masjid Tok Sabah, Besut

“Ayuh semua rakyat Terengganu…… ayuh semua pemuda, Kita pakat hadir ramai-ramai, nyatakan sokongan anda. Ayuh buktikan suara dan kuasa rakyat!,”menurut Nasir dalam kenyataan tersebut

Ulasan