Pemuda Kerah Semua Ahli Dan Penyokong Turun Pada 1 Mei

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) telah mengerahkan semua ahli dan penyokongnya untuk turun bagi menyertai Himpunan Bantah GST dan Kenaikan Harga Barang yang akan diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 1 Mei depan.
Surat kerahan yang ditandatangani oleh Setiausaha DPPNT Mohd Nasir Abdul Razak, telah dihantar ke seluruh Dewan-dewa Pemuda PAS Kawasan pada 13 April lalu.
“Pemuda menyatakan sokongan penuh kepada Program Himpunan bantah GST dan Kenaikan Harga Barang yang dianjurkan bersama NGO-NGO dan Pakatan Rakyat,
“Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan diminta mengambil mengambil perjalanana terbaik membuat kerahan kepada semua pemuda PAS dikawasan masing-masing supaya hadir beramai-ramai,” ujar Nasir.
Menurutnya, surat arahan dari PAS Pusat dan Pemuda PAS Malaysia juga telah dihantar ke negeri-negeri bagi memastikan himpunan tersebut berjalan lancar.
Setiausaha Agung PAS Dato’ Mustafa Ali melalui surat arahan yang bertarikh 21 April menegaskan, Himpunan tersebut adalah satu program parti.
“Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat telah memperakui Himpunan Membantah GST dan kenaikan Harga Barang adalah satu program parti yang dianjurkan bersama NGO-NGO dan Pakatan rakyat,
“Tujuan utama himpunan ini adalah untuk menyatakan secara amana bantahan kita terhadap perlaksanaan GST oleh kerajaan Malaysia dan kenaikan harga barang yang menindas rakyat,”ujarnya menurut surat yang diedarkan.
PAS juga mengingatkan semua peserta supaya datang lebih awal supaya dapat mengelakkan sebarang kejadian yang bleh meyebabkan himpunan besar-besaran itu tergendala.

Ulasan