Pemuda PAS Gesa Pembinaan Litar ‘Motor-Cross’ Disegerakan

motocross ijtimak1KEMAMAN – Pemuda PAS kesal kerana pembinaan litar ‘motor-cross’ sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu masih belum menjadi kenyataan.
Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata, beliau telah dimaklumkan oleh pemuda Umno sendiri bahawa cadangan dan peruntukkan untuk tujuan pembinaan litar tersebut telah diluluskan.
Namun, perlaksanaannya masih belum kelihatan.
“sehingga ini belum ada…………belum ada sebuah pun dibina (dan) memang kita bercakap dengan wakil pemuda Umno…….. benda tu lulus dah, tapi kelulusan hanya tinggal kelulusan sahaja………..litarnya tak Nampak di mata,
“hatta di (DUN) Ajil pun, (ketika kita mengadakan) mengadakan (pertandngan) ‘motor-cross’ pun, kita kena buat litar degan perbelanjaan sendiri,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melepaskan para pserta pertandingan ‘cub-cross’ dan ‘motor-cross’ yang dianjurkan sempena Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu di Bandar Kemasik, dekat sini pada Jumaat, 18 April.
Oleh itu, beliau mendesak supaya perlaksanaan keputusan tersebut dibuat segera memandangkan sukan lasak itu kini menjadi tumpuan para pemuda dan belia.
Beliau menggesa para pemuda bangkit ‘lantang’ menyuarakan perkara tersebut agar ia menjadi perhatian bagi kerajaan yang memerintah.
Seramai lebih 50 orang peserta telah menyertai pertandingan tersebut, bahkan kata Ustaz Kamaruzzaman, pihak penganjur terpaksa menolak permohonan selebihnya.
Beliau berkata, sambutan orang ramai sangat menggalakkan, sehingga memnuhi litar perlumbaan yang dibina sendiri oleh pihak penganjur, Pemuda PAS sendiri

Ulasan