Penghakiman Ingkar Diketepikan Kerana Perintah Tidak Sempurna

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu telah mengenepikan perintah penghakiman ingkar sebanyak RM2 juta terhadap Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.


Peguam beliau Asmuni Awi berkata, perbicaraan pada hari Isnin 14 April itu adalah untuk mengenepikan perintah yang diperolehi oleh pihak plaintif Encik Shamsul Amin pada 17 Februari lalu.

Katanya, mahkamah telah mendengar permohonan Ustaz Hadi (defendan) dan telah membenarkan permohonan Ustaz Hadi mengenepikan perintah itu dengan dua alasan.

“yang pertama, mahkamah bersetuju dengan alasan atau hujah yang diberikan oleh pihak Ustaz Hadi dengan penyampaian writ saman itu sendiri tidak sempurna,

“kerana ia telah disampaikan kepada pihak yang tidak ‘berotoriti’ untuk menerimanya, dan tidak diketahui kewujudan individu yang menerima writ saman itu, (dan) tidak dapat dibuktikan oleh pihak plaintif,

“dan yang kedua, diatas dasar penghakiman RM2 juta itu sendiri yang tidak ‘proper’ (dilakukan sebaiknya), yang telah diperolehi oleh pihak plantif secara ‘de-regular’,

“dan tidak mengikut peraturan mahkamah,”ujarnya kepada pihak media di hadapan kompleks mahkamah disini.

Oleh itu, Pengerusi Lujnah Guaman PAS berkata, mahkamah telah memberikan masa selama empat belas bagi pihak defendan untuk memfailkan kehadiran dan memasukkan pembelaan, sebelum tesebut dibicarakan sepenuhnya.

Menjawab soalan pemberita, Asmuni berkata kes ini akan mengmbil masa yang panjang kerana selepas ini akan melalui proses pengurusan.

“Pengurusan kes yang tepaksa melalui beberapa peringkat, sehingga apabila semua sempurna barulah ia akan dibawa kepada pihak hakim mahkamah tinggi,

“yang akan membicarakannya dan akan duduk untuk pendengaran,”ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penyampaian writ saman tidak sempurna kerana ia telah diterima oleh seseorang yang tidak dikenali.

Beliau berkata, maklumat penerima writ tersebut tidak sempurna, apabila didapati nombor kad pengenalannya yang dicatatkan hanya memounyai angka ‘enam digit’ sedangkan nombor kad pengenalan lama adalah tujuh digit.

Ulasan