Sukan Eratkan Ukhuwwah Pemuda

DUNGUN -Bagi merialisasikan kemenangan dalam pilihanraya umum kali ke-14 (PRU14), Pemuda PAS Dun Bukit Besi telah berjaya mengadakan Pertandingan Futsal Tertutup Dun Bukit Besi 2014 pada 5 April 2014.


Pertandingan yang dianjurkan oleh Lajnah Sukan, Kesenian dan Rekriasi Pemuda DUN Bukit Besi telah disertai seramai 24 pasukan yang mewakili cawangan dalam DUN Bukit Besi.

Merupakan acara tahun, kejohanan tersebut telah menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM2,000. Lebih menarik, 4 pasukan yang berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir secara automatik bakal mewakili Dun ke Kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda Dungun yang akan diadakan pada 18 April nanti.
tmp_IMG-20140405-WA0113-2035799992
Kejohanan futsal tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Dun Bukit Besi, Encik Naraza Muda yang juga Ketua Penerangan dan Hubungan Media Pas Kawasan Dungun.

Dalam ucapan perasmian, beliau mengucapkan tahniah dan menyeru kepada semua pemuda yang menyertai pertandinang kali ini agar menetapkan niat kerana Allah agar setiap perbuatan dikira sebagai pahala termasuk ketika bermain futsal.

MP Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli dan Pengarah MTD Bukit Besi, Hj. Ghazali Sulaiman turut singgah sebentar bagi menyatuni para peserta kejohanan tersebut.

Pasukan AMBS A telah menjuarai kejohanan kali ini dengan membawa pulang wang tunai RM500 dan barangan sukan. Manakala pasukan Bukit Besi E berjaya menduduki tempat kedua.

Tempat ke 3 dan ke 4 telah di menangi oleh pasukan Pinang Baru dan pasukan Bukit Besi A.
Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pemuda Pas Dun Bukit Besi, Zul Shawalludin Jusoh.

Ulasan