28 April 2014

Tarbiyah Membina Kekuatan ‘Dalaman’

GhazaliDUNGUN – Lajnah Tarbiyah PAS, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi berjaya mengadakan Program Daurah Tadribiyah siri 1 di Masjid Lama Jerangau Sungai pada Sabtu 25 April
Pengerusinya Ustaz Nordin Othman memberi peringatan kepada semua ahli-ahli jawatan kuasa peringkat cawangan yang agar megutamakan tarbiyah bagi membina kekuatan ‘dalaman’.

“Ini merupakan program penting bagi setiap pimpinan disemua peringkat, kerana kekuatan dalaman perlu dibina agar fikrah ajk tidak tergelincir dari dasar perjuangan parti,’ ujar Ustaz Nordin Othman, AJK Pas Kawasan Dungun merangkap Ketua Tarbiyah Dun Bukit Besi.
Pembentang dalam majlis daurah tersebut, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, Ketua Lajnah Dakwah, Kesenian dan Kebudayaan PAS Negeri Terengganu telah diberi tajuk ‘Memahami Perjuangan Islam’.
Ustaz Azman, yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun telah menegaskan, jihad adalah tuntutan tertinggi untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi.
Tambah beliau lagi, aqidah adalah asas utama dalam perjuangan Islam dan inilah perbezaan perjuangan PAS dengan yang lain. Matlamat perjuangan Islam ialah untuk menegakkan kalimah Allah dan patuh kepada syariat Nya.
Diakhir sesi perbentangan tersebut,peringatan Ustaz Azman kepada pimpinan dalam Dun Bukit Besi bahawa perjuangan Islam tidak bernoktah dan berakhir sehinggalah hari kiamat.
“Janji Allah amat pasti untuk mengurniakan kemenangan kepada perjuangan Islam. Samada kemenangan di dunia mahupun kemenangan di akhirat yg sudah pasti. Dan kemenangan itu adalah anugerah dan pertolongan drpd Allah taala,”Tambah beliau lagi.
Lebih daripada 40 orang ahli jawatankuasa daripada semua peringkat telah menghadiri program tersebut. Turut hadir ialah Setiausaha Pas Kawasan Dungun, Tuan Haji Ghazali Sulaiman yang juga pengarah MTD Bukit Besi.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...