16 April 2014

Terengganu Keempat Termiskin di Malaysia

KUALA TERENGGANU – Mesyuarat Pertama Penggal Kedua (Persidangan) Dewan Undangan Negeri Terengganu yang berlangsung pada 13 hingga 15 April mendedahkan, negeri Terengganu adalah negeri ke empat termiskin berbanding seluruh negeri-negeri di Malaysia.


Perkara tersebut dibentangkan oleh kerajaan dalam menjawab solan bertulis yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Hishamuddin Abdul Karim.

“Negeri Terengganu berada dalam kedudukan keempat paras kemiskinan antara negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 2013 dengan jumlahKIR sebanyak 10, 752 keluarga,”sebagaimana menurut jawapan kerajaan.

Oleh itu, tidak banyak perbezaan yang berlaku kepada taraf hidup rakyat Terengganu, walaupun sudah lebih seuluh tahun kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) memerintah dengan bajet tahunan pada setiap tahun melebihi RM2 bilion.

Sementara itu, menjawab soalan bertulis ADUN Chukai, Haji Hanafiah Mat, kerajaan menyatakan bahawa hanya RM64.2 juta sahaj pelaburan asing yang diterima oleh kerajaan negeri pada tahun 2013.

Manakala sebanyak RM14, 853, 334.52 telah dibelanjakan oleh kerajaan Terengganu bagi pembangunan ‘perkampungan gajah’ yang dinyatakan pihak kerajaan sebagai berbeza dengan
 ‘Santuari Gajah’ yang terapat di tasik Kenyir.

“Perbezaannya ialah dari konsep pengurusan dimana perkampungan gajah adalah menjurus kepada eko-pelancongan dan pendidikan,

“manakala Santuari gajah lebih mnjurus kepada melindungi dan melakukan penyelidikan gajah di habitat asalnya,”jelas kerajaan negeri sebagaimana dinyatakan dalam buku jawapan soalan bertulis Persidangan DUN.

Disamping itu, pembangunan Taman Burung yang telah membelanjakan keseluruhan RM8, 642, 070.00 di tasik Kenyir telah siapa keseluruhannya pada tahun 2012.

Kerajaan juga menyatakan Taman Rama-rama berada diperingkat akhir pembnaan dengan kemajuan projek 98% dan menelan kos keseluruhan sebanyak RM13, 865,033.00

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said juga mengakui bahawa terdapat pelbagai kesukaran dalam pembangunan Pulau Bebas Cukai di Pulau Bayas Tasik Kenyir.

Beliiau mengakui, kesemua kontraktor asal pembinaan pulau tersebut telah menyerahkan balik projek dan kini dilantik satu kontraktor baru bagi meneruskan kerja-kerja pembangunan.

Ketika menjawab soalan lisan ADUN Batu Burok beliau juga tidak menafikan dakwaan bahawa ‘cerucuk’ bagi pembinaan bangunan di pulau tersebut telah tenggelam.

Bahkan, kata Ahmad Said, memang ada beberapa binaan yang dibuat di tasik Kenyir untuk ditenggelamkan, ketika musim air pasang.

Tiada ulasan:

Razif Beri Guru Sepasang ‘Kain Empat Musim’

Pendaftaran ‘online’ bagi menghadiri majlis sambutan hari guru dan hari raya sekolah-sekolah dalam daerah Kuala Nerus, menjadikan para g...