07 April 2014

Tiada Alasan Kerajaan Terengganu Tangguhkan Hudud dan Qisas

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita63/enakmen%20jenayah%20syariah.jpgMARANG – Dewan Pemuda Pas Malaysia menyambut baik usaha Kerajaan Negeri Kelantan menetapkan sasaran untuk menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) yang membawa kepada perlaksanaan hukum hudud pada 2015.


Timbalan Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ia berikutan kesediaan kerajaan pusat untuk memberi laluan kepada penguatkuasaan enakmen tersebut, sebagaimana jawapan diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Parlimen, baru-baru ini.

“Malah dengan kesediaan kerajaan pusat ini, Pemuda Pas berpendirian tiada lagi alasan untuk Kerajaan Negeri Terengganu terus menangguhkan perlaksanaan kanun hudud dan qisas yang sudah digazet Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin,” katanya.

Menurut Muhammad Khalil lagi, perkara itu sudah dibentangkan Kerajaan Negeri (Pas) Terengganu pada 2000.

Malah katanya, Dewan Pemuda Pas Malaysia turut mengalu-alukan jika kerajaan pusat berhasrat untuk meletakkan perlaksanaan undang-undang hudud di bawah makmal transformasi jenayah ditubuhkan di bawah pemandu JPM, dengan menjadikan Kelantan dan Terengganu sebagai model perlaksanaannya.

“Inilah masanya elemen syariah diperkenalkan untuk menangani permasalahan jenayah yang semakin serius,” katanya.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...