16 April 2014

Wakil Kerajaan Akui Roboh Rumah Rakyat Yang Telah Diberi LMS

Hanafiah sidang dunKUALA TERENGGANU – Tuduhan wakil kerajaan Wan Hakim Wan Mokhtar (BN – Air Putih) bahawa wakil rakyat PAS membela pnduduk yang terlibat dengan ‘tanah haram’ disangkal sekeras-kerasnya.


Wan Hakim yang menyebut secara terang-terangan ‘Wakil Chukai’ dalam ucapan perbahasan beliau menyebabkan YB Haji Hanafiah Mat bangun memberikan penjelasan.

“dia telah buat rumah itu dengan RM30,000 sepuluh tahun yang lampau, menggunakan duit (simpanan) KWSP, mengapakah pihak pemaju atau pun kerajaan (bertindak sedemikian) sepatutnya berilah peluang , kalau tak mahu bayar RM60,000 bayarlah sekitar RM50,000,

“saya rasa mungkin dia boleh terima dan (dengan wang itu) boleh mendirikan rumah yang baru dan tanah itu adalah atas nama isterinya, dan itulah yang dia pohon,

“saya tidak katakan (saya menafikan) dia duduk diatas tanah haram, kerana tanah itu telah diberikan (kepadanya) ketika kerajaan PAS Terengganu memerintah,”jelasnya pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua (Persidangan) Dewan Undangan Negeri Terengganu pada Isnin 14 April.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu menegaskan, apabila kerajaan baru (Umno-BN) mahu mengambil alih tanah itu dan tidak mahu memberikan tanah kepada rakyat, Puan Rohani meminta sedikit pampasan.

Katanya, sebagai kerajaan yang baik dan mengamalkan dmokrasi, sepatutnya Umno-BN sekurang-kurangnya memberi pertolongan memudahkan rakyat dan berbincang.

Tetapi sebaliknya, kerajaan Umno-BN Terengganu tidak mahu berbincang dan berkeras dengan tindakan yang diambil.

Wan Hakim kemudiannya berkata tidak ada sebarang rekod di pejabat tanah yang menunjukkan bahawa tanah tersebut telah dimiliki.

Satiful Sidang DUNIa membuatkan Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful bahri Mamat yang juga ADUN Paka bangun meminta penjelasan kerajaan.

“memang tanah itu tidak ada geran lagi, tai (ada) LMS iaitu TOL (yang mengarahkan) perlu dibuat dalam masa tiga tahun, dan penama tersebut menyiapkan rumah dalam masa tiga tahun,

“betulkah tiga tahun dia buat siap yang melayakkan untuk kita (kerajaan) beri tanah tersebut (sebagai hak milik),”tegasnya.

Tanpa menfaikan wujudnya peraturan memberikan lesen menumpang sementara (LMS atau TOL), sebaliknya Wan Hakim bahkan mengakui bahawa polisi itu wujud dalam kerajaan.

“polisi dulu lain, polisi dulu tanah tdak diberi geran……..polisi dulu dia beri LMS dulu (hak milik) akan diberi selepas tiga tahun dia buat rumah, tetapi polisi itu sudah berubah,
“tanah itu telah dikenal pasti untuk apak perumahan rakyat,”katanya.

Ustaz Satiful yang mencelah kemudian dan berkata, pemberian LMS atau TOL itu mempunyai dokumen dan setelah kerajaan mengetahui keadaan tersebut, mengapakah kerajaan tidak memberikan hak milik kepada penduduk terbabit

Artikel rujukan;
Ramasan Tanah dan Perobhan Rumah Rakyat di RTB Mak Chili Kemaman

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018