16 Mei 2014

Ayahanda Ustaz Khairuddin Kembali Ke RahmatuLlah

KUALA NERUS – Pada 15 Mei, ayahanda kepada YB Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Ustaz Dato’ Dr Khairuddin at Takiri telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah anak perempuannya di Taman Dahlia, Kuala Terengganu pada jam 7.30pm semalam.
IMG-20140516-WA0047Jenazah di bawa pulang ke Kg Bukit Tok Beng Seberang Takir dan dikebumikan di sana.
Sebelum itu jenazah di bawa ke Surau Ayah Hitam Wan Ali, Kg Baru Seberang Takir untuk disolatkan oleh YB Ahli Parlimen.
Turut hadir yang mengucapkan takziah adalah Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Muhamad Khalil Abdul Hadi mewakili ayahnya Tuan Guru Presiden serta Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kuala Nerus serta sahabat handai beliau.
Almarhum meninggal dunia pada umur 61 tahun disebabkan sakit tua. Arwah meninggalkan 16 orang anak di mana Dr Khairuddin merupakan anak sulung.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...